Wednesday, December 10, 2014

Kari Ikan Sembilang - Kampung Hujung Matang

Masa abah datang melawat kitorang kat KL 2 minggu lepas, abah dah beriya-riya ajak kitorang balik kampung. Katanya nak bawak pegi makan kari ikan sembilang terbaik. Kitorang satu family memang 'gila' kalau dengar pasal ikan sembilang ni. Lagi-lagi kari utara. Hmmpphh memang tak boleh tahan punya. KL tak dapat oii!


Sabtu lepas kitorang berdua pun berroadtrip KL–Taiping. On the way tu sempat singgah makan 'nasi ganja' dekat pekan Ipoh. Memang mantap! Sanggup tu berlapar dari pagi tunggu nak makan kat situ.


Pagi Ahad tu abah awal-awal dah call tuan punya Kedai Kopi Kari Ikan Sembilang Matang. Tapi rupa-rupanya kedai tu tutup seminggu ada majlis kahwin. Ingatkan dah tak ada rezeki nak merasa. Abah try luck call lagi satu kedai yang agak jauh ke dalam sikit tapi still dekat Matang jugak. Nama kedai tu Selera Azrorasa area Kampung Hujung Matang. Abah cakap kat sini pun sedap. Tapi semua kena call untuk reserved dulu kalau tak, mungkin habis atau pun kena tunggu lama sebab dorang masak fresh and based on order. Sebelum ni satu lagi kedai yang kitorang akan pegi untuk makan kari ikan sembilang setiap kali balik Taiping, Warung Mak Unggai. Tapi selalunya cepat habis kalau tak pegi awal-awal.

Perjalanan dari Kota Ngah Ibrahim di Matang ke kedai Selera Azrorasa lebih kurang 20 minit. Almaklumlah jalan kampungkan sempit sikit. Kena berhenti bila selisih dengan kereta lain. Dalam hati kitorang tertanya-tanya manalah abah nak bawak pegi makan ni. Sebab sepanjang perjalanan kitorang nampak rumah kenduri kahwin jer. Tak terlintas ada kedai dekat tengah-tengah kampung ni. Kalau bukan abah yang bawak sampai ke sudahlah kitorang tak tau ada kedai makan kat sini. Mana taknya, last sekali masuk kampung ni waktu zaman sekolah dulu, tu pun hampir berbelas tahun dah.

Sampai jer dekat sebuah kedai yang kiri kanan ada muara sungai. Memang menarik ada pemandangan macam ni dekat kampung sendiri. Impress kejap. Ada sungai, bot nelayan dan dorang letak pangkin kat bawah pokok. Memang feel habis...hehe tak perlu lah pemandangan macam sungai dekat Amsterdam pun macam ni dah kira best lah. 'Kampung feel'.

Sebabkan terlampau teruja nampak kari ikan sembilang dan ketam masak cili yang dah dihidang dalam claypot. Sampai lupa nak ambik gambar. Gambar yang ada ni pun maybe anak buah yang ambikkan sebab dalam handphone ada pulak. Memang tak cantik sangat tapi bolehlah kan...hehehe

Abah dah order 2 mangkuk kari ikan sembilang, 6 ekor ketam masak cili, ulam-ulaman dan nasi putih untuk 10 orang dan 2 jug air...total tak sampai RM100 kot (tak sure sebab abah yang belanja hehehe). Not bad kan...siap bertambah-tambah lagi. 

Cara masakan kari ni memang kena dengan taste tekak saya yang dah rindu sangat dengan makanan utara dan masakan arwah tok. Cukup rasa masam dan masin. Tak sabar nak balik Taiping and repeat sekali lagi :p

Kalau korang nak tau kat mana exactly location Selera Azrorasa ni, sila waze atau google map yer. Sure keluar punya. Kalau tak pun call lah dulu untuk reservation.


Selera Azrorasa, Kampung Hujung Matang, Taiping, Perak
Tel: 05-8412004 / 013-5332253 / 013-5184479
Operation hours: 12pm - 10pm (Selasa - Ahad)

Tuesday, December 9, 2014

Kisah Benar: 'Jangan Tunggu' @ Majalah EH!

Bersetuju dengan luahan hati penulis dalam menggambarkan perasaannya yang sebenar sewaktu menzahirkan "Jangan Tunggu"

Text/photo courtesy: Majalah EH!  http://eh.com.my





Ketika saya menulis warkah ini, terngiang-ngiang di fikiran lagu Allahyarham P.Ramlee yang begitu popular mendayu menerusi filem Sarjan Hassan. Tunggu sekejap, bak kata seniman agung ini yang menggambarkan keadaan di mana dia meminta kekasihnya untuk tangguhkan apa juga yang sedang wanita itu lakukan dan menikmati masa indah mereka bersama. 

"Tunggu sekejap, wahai kasih. Kerana hujan masih renyai..."


Itu sekadar bait lagu. Saya akui ada perkara yang wajar untuk ditangguhkan dan ditunggu. Namun tidak semua. Kerana orang kata, sabar itu indah. Apabila kita tunggu sesuatu itu dengan sabar, maka apa yang datang seterusnya adalah akibat yang indah. Contohnya seperti petani yang bertungkus lumus bekerja untuk mencari sesuap nasi. Menanam padi mengambil masa berbulan untuk menampakkan hasil. Mana mungkin dia akan dapat berasnya keesokan hari. Justeru, dia perlu tunggu dan menangguhkan agendanya sehingga tiba masa menuai, dia akan dapat beras yang boleh dijual bagi menampung kehidupan keluarganya. Ya, itu satu contoh menunggu atau bertangguh yang paling relevan dalam dunia. Tetapi, bertangguh dalam kehidupan berkaitan perasaan dan masa depan dari segi kerja, sosial mahupun kasih sayang hanya mendatangkan masalah dan kecelaruan.

Pagi tadi, saya dikejutkan dengan perkhabaran mengenai salah seorang teman dalam industri fesyen tempatan yang pergi menghadap Ilahi secara mengejut. Teman ini menderita penyakit kanser sejak tiga tahun lepas dan sedari itu dia berjuang untuk melawannya. Dia tidak pernah bertangguh mahupun tunggu sehingga masa yang betul untuk bertindak mengikut naluri bilamana dia berhenti bekerja sebagai jurutera dan meneruskan minatnya dalam bidang fesyen sebagai penulis blog. Sementelah penyakit yang dihidapi membuatkan dia cepat lelah, dia seakan serasi dengan bidang fesyen yang kemudian menjadi sumber mata pencariannya. Sikapnya yang sentiasa positif dan berhati baik menjadi inspirasi kepada ramai orang, termasuk saya. Dia banyak membantu saya dari dahulu ketika masih mentah dalam bidang penulisan ini dan tegar menjadi teman sehingga ke hujung nyawanya. Mungkin sudah lama tidak berjumpa, saya terlupa untuk bertegur sapa dengannya walau hanya melalui SMS. 

Kelmarin, saya dikejutkan dengan berita yang dia tidak mampu bernafas dengan baik dek kerana penyakit kanser yang kembali menyerang secara serius. Saya terpana seketika, namun kembali melakukan tugas sambil berazam akan menanyakan khabarnya melalui panggilan telefon selepas waktu bekerja. Ya, saya bertangguh. Dan akhirnya saya lupa untuk bertanya khabar apabila tiba di rumah ke pangkuan suami dan keluarga. Saya lihat wajah keluarga yang gembira dan terlupa mengenai teman yang sedang menderita bertarung nyawa. 

Ralat bilamana mengetahui dia sudah meninggal dunia dan tidak sempat langsung untuk bertanya khabarnya. Menyesal kerana bertangguh walhal saya boleh sahaja sekadar SMS jika pun tidak sempat untuk menelefon. Tuhan menunjukkan kekuasaan-Nya dimana ajal itu sememangnya tidak boleh dijangka. Kerana itu, jangan pernah bertangguh atau tunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan rasa kasih dan penghargaan kepada orang sekeliling, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengasihi anda. Jangan pernah lupa untuk kucup tangan kedua ibu bapa setiap kali melangkah keluar daripada rumah dan elak melukakan hati mereka kerana sesungguhnya bila-bila masa sahaja mereka bisa ‘direnggut’ pergi dari dunia ini. ‘Nantilah, bukan dia orang nak pergi mana pun’ atau ‘Esoklah aku telefon’ adalah tanggapan dan ayat yang seboleh mungkin perlu dielakkan. Jangan pernah tunggu dan jangan sesekali membiarkan orang dikasihi pergi tanpa tahu apa yang tersirat di hati. 

Beralih pula soal jodoh. Seperti yang kita ketahui, bila sampai masa Allah akan temukan kita dengan jodoh yang telah ditetapkan sejak azali. Sekali lagi, jangan tunggu. Benar, jodoh itu rahsia Allah. Namun diri sendiri juga perlu berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari hari ke sehari. Tidak pernah saya setuju dengan pendapat orang yang mengatakan, ‘biarlah, bila sampai masa jodoh akan tiba dengan sendirinya’. Kisah seorang rakan lelaki patut dijadikan pedoman buat mereka yang menunggu jodoh tanpa usaha. Dia adalah seorang lelaki yang baik. Saya akui sendiri kerana cara layanan dan hormatnya pada wanita membuatkan hati senang ingin berkawan dengannya. Namun sayang, dia tidak pernah mahu berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lelaki yang lebih baik kerana menurutnya, jika benar seseorang wanita itu mencintai dia sepenuh hati, pasti menerima segala kekurangan dan baik buruk dirinya. Saya mengeluh perlahan. Walaupun dia punya hati yang baik, namun dia bagai acuh tidak acuh memperbaiki kehidupan dan kerjayanya. Dengan penampilan yang bagai tidak terurus dan tahap kewangan yang tidak memberangsangkan, sesiapa juga akan takut mengikat komitmen dengannya. Rakan lelaki ini tegar meyakinkan saya yang penantiannya ini akan berbaloi di akhir perjalanan. Itu perbualan 10 tahun yang lalu. Kini, dia sudah pun menginjak usia 35 tahun dan dia masih kekal hidup sendiri. Yang sedihnya, dia tetap dengan pendirian yang sama bersama motor cabuknya dan kelulusan ijazah yang tidak digunakan dengan baik. Kekal di dalam angan-angan akan ada wanita cantik yang menerima keadaan dirinya yang selekeh dan tidak berduit. Bukan ingin mengagungkan wang, namun sedarlah ketua keluarga itu tanggungjawabnya menjaga kebajikan anak dan isteri dengan makan pakai yang cukup dan tempat berlindung. Dan kesemua itu menggunakan wang. Sedangkan mahu menghantar anak ke sekolah agama juga memerlukan wang. Bolehkah keluarganya bergantung kepada seorang lelaki yang menunggu bulan jatuh ke riba tanpa ada usaha apa-apa? 

Justeru, jangan tunggu untuk mengubah nasib hidup sendiri dan jangan sesekali menangguh masa kerana hidup hanya sekali. Semakin anda tangguh masa yang ada, semakin anda rugi. Ketahuilah sikap bertangguh hanya memberi kesusahan, bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini juga menjadikan sesuatu masyarakat itu semakin mundur dan susah untuk maju. Contohnya, orang Eropah, Jepun dan Korea begitu menghargai masa yang ada dan sentiasa tepat pada masanya. Mereka adalah contoh-contoh orang yang berjaya sehingga dipandang tinggi penduduk dunia. Pernah saya ke Singapura atas dasar kerja dan tinggal di hotel 5 bintang. Oleh kerana ketua kumpulan media Malaysia berasal dari luar negara, kami perlu berkumpul 30 minit lebih awal daripada kumpulan media dari negara lain. Hati saya tergelak kecil bilamana ada rakan media yang merungut perlu berkumpul terlalu awal, walhal masa yang ada untuk menunggu itu boleh digunakan untuk berehat di katil empuk dan selesa. 

Di saat saya menulis ini, diakui terlalu banyak sesalan yang jika mampu ingin saya putar kembali masa dan perbaiki apa yang telah saya tangguh dan tunggu untuk lakukan. Antaranya, timbunan kerja yang banyak jika dilakukan awal dan terurus masanya pasti tidak mendatangkan masalah ketika menghampiri masa deadline. Suka benar bertangguh dan dilonggok segala kerja untuk dilakukan di akhir masa. Pernah juga saya bertangguh dalam menyatakan hasrat hati kepada orang yang dicintai, lalu melihat dia melangkah pergi mencari kebahagiaan sendiri. Atau juga rasa sesal saya kerana tidak pernah ingin mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Sering sahaja ditangguhkan niat itu kerana sering beranggapan esok masih ada. Mungkin boleh juga memperkatakan perihal solat yang sering dilengah-lengahkan untuk dilakukan di akhir waktu. Jangan sampai Allah mencabut nyawa saya sebelum sempat saya bertaubat dan membuat amal ibadat kerana sikap bertangguh dan tunggu sehingga waktu sesuai. Al-fatihah buat Ami Schaheera dan takziah kepada keluarganya. 

2014 Best Korean Makeup Looks @ Majalah EH! December

Korean Wave / Hallyu
Bagi korang yang minat/fanatik dengan KPop atau Korean Star tu -- ni EH! edisi Korea untuk Disember ada suggest 4 looks untuk dapatkan makeup ala-ala artis pujaan korang. Kalau takut terlalu 'Over' mungkin boleh cuba looks ni, memang simple dan cantik. 





Photo courtesy: EH! Malaysia

Friday, September 12, 2014

Ho! Ho! Holiday! Amsterdam!! Portugal!


Yeay!! Happy dah siap booked ticket (KUL – Amsterdam – Lisbon – Amsterdam – KUL) dan tempat nak stay masa dekat sana nanti. Lega uols. Tinggal bawak duit belanja jer. Fuuhhh...dalam masa 5 bulan tu la nak kumpul duit untuk semua. MasyaAllah tak sangka eh manage to plan everything...alhamdulillah

Itinerary tak buat lagi. Maybe just random jer kot. Sebab kami dah spot tempat mana nak pegi. Activity boleh plan later, bergantung dengan situation. Yang paling penting tempat tinggal masa kat sana semua dah 'kautim'. Good job team! ^^

Menghitung hari..tinggal sebulan je lagi nak pegi -- excited! Semoga semuanya dipermudahkan.

Nak share jugak gambar tempat our stay for almost 2 weeks. Jatuh cinta tau walaupun baru tengok gambar -- hehehe
photo credit: http://www.theindependente.pt/
The Independente Hostel & Suites Lisboa – October 9 to 12, 2014
Booking melalui Agoda.com, banyak tau difference price daripada beli direct through their official website. Hostel ni lebih kepada backpackers but in elegance style la. Dekat lobby ada own cafe yang memang perform live band. Location pulak, memang dekat downtown Lisbon yang dikelilingi cafe dan butik-butik (Zara, H&M, Prada...etc) ehhhmmm habis laaaaa hehehe Owh ya..dekat jugak dengan flea market. Bestnyaaa

photo credit: https://www.airbnb.com

By the Sea House, Oporto, Portugal – October 12 to 14, 2014
Lepas kami dah berpoya-poya dekat town, masa untuk back to nature. Mana tu? Porto la...lepak beach house. Rumah ni betul-betul berhadapan dengan pantai. Haventnya...tengoklah design rumah ni, jatuh hati sangat. Kami akan spend lebih kurang 3 hari kat sini. yessss!! Rumah ni kami booking melalui Airbnb.com. Laman web yang menyediakan rumah orang (hosting house) yang disewakan. Alaa kalau kan Malaysia kita panggil 'homestay' cuma yang ni dah siap separate kategori ikut theme, location, price and etc.... selain tu hiasan rumah dorang ni sangat beriya dan cozy. Kalau korang musyikil dan nak tahu pasal service Airbnb ni, saya boleh explain dengan detail, setakat yang saya tahu ya..insyaAllah ^^


photo credit: http://www.casadesantos.net
Casa de Santos, Lisboa  – October 14 to 17, 2014
Time untuk balik ke bandar...another 4 days di Lisboa/Lisbon before leaving for Amsterdam. Hotel ni kami booking through Agoda.com jugak. Macam yang lain-lain, memang jimat kalau booking kat sini...bagus kan? Act, memang takkan bosan la spend masa dekat city ni. Boleh try service http://wehatetourismtours.com Apa tu? sape dorang tu? tunggu saya punya update nanti. Best ke tidak kan ^^ surprise! surprise!


photo credit: https://www.airbnb.com
City Center apt, in VOC Warehouse!, Netherlands, Amsterdam – October 17 to 19, 2014
Masa untuk explore big city pulak. Ini apartment yang akan kitorang duduk nanti. Booking melalui website Airbnb jugak. Mudah, secure and banyak pilihan. Jimat pun jimat selain duduk hotel kan. Kalau dekat Amsterdam, hotel kat sana harganya mak aiiii mahai sangat. Ni kira under our budget lagi. Compliment sangat kot dengan design dan susun atur rumah, macam rumah sendiri. Rumah sendiri pun belum tentu cantik camni hehehe. Btw, bangunan ni asalnya 17th century warehouse yang dah dinaik taraf jadi apartment. Memang gempak, lagipun location tempat ni dekat city. Nak pegi mana-mana pun senang. Dan yang paling penting, 'live like you're Amsterdam' ngeeeee....kite tak sabar ni -- -- arrghhh tik-tok! tik-tok!


*ahad parents saya dah nak bertolak ke Hongkong. 5 days trip. Semoga semuanya dipermudahkan dan dorang selamat pergi dan pulang... Aminnnnn


Thursday, September 11, 2014

Majalah EH!: September 2014 (Siti Saleha)


Dah habis closing untuk October issue baru berkesempatan nak post EH! Sept issue, antara my fav issue & layout so far. Kali ni EH! highlight fashion & trend report fall winter 2014 di London, Paris, Milan dan New York. Cover girl pulak si cantik manis Siti Saleha yang semakin menawan. Memang perfect sangat dengan theme. Memang saya put 100% effort and creativity untuk siapkan issue ni. Berbaloi dengan hasilnya. Happy sebab layout menjadi dan semua orang puas hati...Alhamdulillah

Apapun nantikan Anniversary Issue EH! yang ke-15 tahun akan keluar pada October 2014 tak lama lagi. Lagi banyak contents menarik untuk dibaca. Memang jamin puas hati lah -- ngeee












Wednesday, September 10, 2014

Follow Button On Blog


Ramai yang tanya macammana saya masukkan button Follow Blog dekat atas kanan page tu, here the tutorial...and dekat bawah entry ada disertakan freebies DIY tuk korang...feel free to copy ^^

Step 1 : Dashboard > Design > Layout > Add gadget > HTML/javascript

Step 2 : Copy dan paste code kat bawah nie dalam HTML/javascript :

––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––
<div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:110px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="gantikan dgn url button follow" /></a>
––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––––
(*tekan ctrl+f untuk copy code)

*warna hijau : tukar saiz/jarak mengikut kesesuaian blog sendiri
*warna pink : gantikan dgn blog ID sendiri...
*warna biru : gantikan dgn url button follow 

tak tau blog ID tu apa? boleh tengok kat bawah ni (klik dasgboard > design)

kat sini ada freebies follow button (my own design) ...kalau nak, sila copy URL ni ye...Happy design!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDS3ZyYeXGv0um_3Qnai9_SyHq6XtjG_XKGsD2jArdHMTY3h-3GiYMSMWAxtHcpdDDOJevbdMgryQJY2jTgpTVYtROM_CNqZ8iwkUMPRbxnXLrDVc94vdGLZG9WIN54kw3tfMjlqfhHFY/s320/bear1.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggNnj72H0nfs5mMNXcPO6ERxApvQaNFrbxZIIeMmkxEx2ABrOqpiJLehSN75wvIfs5GBUv7SlPSW4q14CKPIN40hBwFBG5uUVeXFUiEhsZ9kvyJAur_XzVIFqh4HBNTekmkzoOISNzdkk/s200/bear2.png


nanti saya update lagi! xoxo

Friday, August 22, 2014

Kasih Ibu – Tidak Ternilai

Comel kan Mak kite -- hehehe

(hari ni rindu sangat-sangat dekat mak & abah)

Sayang Maaakkkk sangat-sangat! Kita tak perlu dah jadi Ibu untuk faham betapa besarnya kasih dia. Rasa berdosa sangat sebab selalu mengabaikan mak & abah selama ni -- jarang call mak, jarang jenguk mak, jarang tanya khabar, jarang nak pinjamkan telinga dengar keluhan mak, jarang nak percaya cakap mak -- kejamnya aku sebagai anak kan. Maaaakkk maafkan Ati

Orang kata aku lahir dari perut mak (bukan orang kata, memang betul lah kan)
Bila dahaga, yang susukan aku ..... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku ......Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku .....Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut ......Mak
Bila bangun tidur, aku cari .......Mak
Bila nangis, Orang pertama yang datang .......Mak
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ........Mak
Bila sedi, yang boleh memujukku hanya .......Mak
Bila nakal, yang memarahi aku ........Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma ........Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ........Mak
Bila takut, yang tenangkan aku .........Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk ........Mak
Aku selalu teringatkan ........Mak
Bila sedih, aku mesti telefon .........Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu .......Mak
Bila bengang, aku suka luah pada .........Mak
Bila takut, aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk!
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .
Bila nak exam, Orang paling sibuk juga ........Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu ........Mak
Bila ada masalah, yang paling risau ..........Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .........Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak
Yang selalu berleter kat aku .........Mak
Yang selalu puji aku .........Mak
Yang selalu nasihat aku ....... Mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak
Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"

--------
Kini Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari, Pasanganku
Bila sedih, aku cari, Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada, Pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada, Mak
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat, Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, Mak
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku! Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” !
Selalu, Aku ingat pasanganku!
Selalu, Mak ingat kat aku!
Bila-bila, aku akan telefon pasanganku! Entah bila, aku nak telefon mak!
Selalu  aku belikan hadiah untuk pasangank !
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak
"Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada.
"MAKKKKK! RINDU MA ! RINDU SANGAT!"

--------
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya!
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya!
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai: RM4.00
2) Tolong jaga adik: RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik: RM2.00
5) Tolong siram bunga: RM3.00
6) Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu!"

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

..... saaaaayyyyyyang MAK!!


Jika kamu menyayangi ibumu, share kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda.
Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.

Thursday, August 21, 2014

He Proves That Not Every Gift Is Tangible

Terjumpa link video ni dekat Youtube. So touching! Lelaki ni buktikan tak semua kebaikan yang kita buat untuk orang lain, akan dapat balasan yang nyata dari segi kekayaan atau wang ringgit. Kalau kita lihat closer -- guna mata hati, kita akan dapat rasa kebahagiaan di sekeliling kita. Kebahagiaan tu bukan hanya dalam life kita jer. 

"He gives to the needy. He takes care of his neighbors. He fixes problems nobody else will, and you'd think it was all for nothing. Until you see the end. "

Moral of the story, He Proves That Not Every Gift Is Tangible.

Xoxo,
Yant_tie

Friday, August 1, 2014

Cerita Aidilfitri 2014 :: Haji Basharudin's Legacy

Tahun ni Aidilfitri disambut di Perak pulak. Turn kampung saya uols...walaupun terpaksa redah traffic jammed selama 9 jam untuk sampai ke Taiping dari KL -- ku rela harungi untuk pulang beraya di kampung halaman...ceewah! Ni sikit sebanyak gambarq & story raya saya tahun ni. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kesempatan berhari raya bersama keluarga dan ibubapa tercinta.

Macammana raya korang? Semoga berbahagia bersama keluarga ya! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Kosong-kosong yer!! ^^

Xoxo,
Yant_tie