Showing posts with label cerita teladan. Show all posts
Showing posts with label cerita teladan. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Kasih Ibu – Tidak Ternilai

Comel kan Mak kite -- hehehe

(hari ni rindu sangat-sangat dekat mak & abah)

Sayang Maaakkkk sangat-sangat! Kita tak perlu dah jadi Ibu untuk faham betapa besarnya kasih dia. Rasa berdosa sangat sebab selalu mengabaikan mak & abah selama ni -- jarang call mak, jarang jenguk mak, jarang tanya khabar, jarang nak pinjamkan telinga dengar keluhan mak, jarang nak percaya cakap mak -- kejamnya aku sebagai anak kan. Maaaakkk maafkan Ati

Orang kata aku lahir dari perut mak (bukan orang kata, memang betul lah kan)
Bila dahaga, yang susukan aku ..... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku ......Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku .....Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut ......Mak
Bila bangun tidur, aku cari .......Mak
Bila nangis, Orang pertama yang datang .......Mak
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ........Mak
Bila sedi, yang boleh memujukku hanya .......Mak
Bila nakal, yang memarahi aku ........Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma ........Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ........Mak
Bila takut, yang tenangkan aku .........Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk ........Mak
Aku selalu teringatkan ........Mak
Bila sedih, aku mesti telefon .........Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu .......Mak
Bila bengang, aku suka luah pada .........Mak
Bila takut, aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk!
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .
Bila nak exam, Orang paling sibuk juga ........Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu ........Mak
Bila ada masalah, yang paling risau ..........Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .........Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak
Yang selalu berleter kat aku .........Mak
Yang selalu puji aku .........Mak
Yang selalu nasihat aku ....... Mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak
Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"

--------
Kini Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari, Pasanganku
Bila sedih, aku cari, Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada, Pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada, Mak
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat, Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, Mak
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku! Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” !
Selalu, Aku ingat pasanganku!
Selalu, Mak ingat kat aku!
Bila-bila, aku akan telefon pasanganku! Entah bila, aku nak telefon mak!
Selalu  aku belikan hadiah untuk pasangank !
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak
"Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada.
"MAKKKKK! RINDU MA ! RINDU SANGAT!"

--------
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya!
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya!
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai: RM4.00
2) Tolong jaga adik: RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik: RM2.00
5) Tolong siram bunga: RM3.00
6) Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu!"

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

..... saaaaayyyyyyang MAK!!


Jika kamu menyayangi ibumu, share kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda.
Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.

Thursday, February 6, 2014

Kisah motivasi: Si IBU yang 'BODOH'...



Copy paste dari Facebook kawan.

Cerita yang menyentuh hati. 

Yeerr...mak abah saya peniaga gerai buah dekat kampung jer tapi saya bangga sebab dorang dapat besarkan kitorang adik-beradik walaupun banyak yang dorang lalui -- kerenah anak-anak ni sesiapa pun takkan faham selagi tak jadi parents kan.


Saya bangga dengan mak abah saya walaupun dorang tak kaya, tak keje dalam econ, tak bawak keta bmw, tak pandai cakap omputih, tak sekolah tinggi, tak tau teknologi, tak pandai facebook; twitter; instagram -- tapi dorang mampu tanggung sekolah saya sampai saya jadi siapa saya sekarang.


Saya sayang dorang --


Terlalu sayang


Xoxo,
Yant_tie





Si IBU yang 'BODOH'... 

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka! 


"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. 


"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. 


"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk. "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa. "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." 


Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. 


"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??" Tergamam Cikgu Yong. 


Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. *** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. 


Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya! 


Wallahualam --