Showing posts with label YantieBorakCafe. Show all posts
Showing posts with label YantieBorakCafe. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Makan Best di Taiping

Siapa nak jalan-jalan ke Taiping? Belah Utara ke? Nak tau makan mana yang murah dan sedap tak?
Selalu kalau kita pegi satu-satu tempat tu sure kita dok mencari apa yang best, signature food tak pun makanan yang memang worth it untuk kita try kan?

Okay aku nak share Nasi Lemak Berlauk Meletop RM2 daripada SambaLetop By Aja's Kitchen yang semakin viral sekarang. Detail dekat bawah ni:

Lokasi: Pokok Asam, Taiping (depan 7Eleven & market Pokok Asam)
Waktu Operasi: 6pm - 10malam
Hari Operasi: Setiap hari (kecuali hari cuti akan diupdate di Facebook & Instagram)
Jenis premis: Gerai mobile
Emel: byajaskitchen@gmail.com
No.tel: +6013-475 5686
Facebook: @Sambalazat By Aja's Kitchen https://www.facebook.com/SambaLazatbyAjasKitchen/
Instagram: @sambalazatbyajaskitchen http://ink361.com/app/users/ig-508620188/sambalazatbyajaskitchen/photos
*Mengambil tempahan Nasi Lemak Berlauk atau apa-apa nasi boleh request selewat-lewatnya 3 hari sebelum majlis)

Paling best menu dorang ada pilihan lauk:
• Ayam masak merah
• Sambal tumis ikan
• Sambal tumis udang
• Sambal tumis ikan bilis
• Sambal tumis sotong kering

Set nasi lemak + telur rebus + kacang goreng + timun

Semuanya RM2 jer tau!!! OMG kenapalah takde kat KL erh πŸ˜‹πŸ˜…

Dorang ni pun ada ambik tempahan jugak kalau korang nak buat majlis Aqiqah, Birthday, Tunang, Wedding, Jamuan di office, sekolah atau pun kat mana-manalah tapi maximum 500 pax sebab dorang ni baru lagi belum cukup manpower tapi walaupun masih baru tapi Founder merangkap tukang masaknya Chef yang berpengalaman yer. Dah biasa dengan business food dan katering ni lebih dari 7 tahun pengalaman.

Nanti aku share gambar-gambar gerai mobile dengan food dorang ni - meleleh ayaq lioq abaq ang 😜 Tapi serious harga pengenalan dorang RM2 memang sangat-sangat berbaloi sebab kenyang makan dengan portion yang just nice dan memang betul-betul sedap. Aku dah try dan jadi peminat setia ni πŸ‘

Untuk Nasi Lemak Berlauk RM2 (SambaLetop By Aja's Kitchen) aku kasi 🌟🌟🌟🌟🌟

Ayam Masak Merah
Nasi lemak Sambal Tumis Udang


Dorang ada product sendiri jugak - Sambal Kering Ikan Bilis Kacang RM5 jer - aku dah rasa memang maveles..tip-top!


 




Wednesday, December 10, 2014

Kari Ikan Sembilang - Kampung Hujung Matang

Masa abah datang melawat kitorang kat KL 2 minggu lepas, abah dah beriya-riya ajak kitorang balik kampung. Katanya nak bawak pegi makan kari ikan sembilang terbaik. Kitorang satu family memang 'gila' kalau dengar pasal ikan sembilang ni. Lagi-lagi kari utara. Hmmpphh memang tak boleh tahan punya. KL tak dapat oii!


Sabtu lepas kitorang berdua pun berroadtrip KL–Taiping. On the way tu sempat singgah makan 'nasi ganja' dekat pekan Ipoh. Memang mantap! Sanggup tu berlapar dari pagi tunggu nak makan kat situ.


Pagi Ahad tu abah awal-awal dah call tuan punya Kedai Kopi Kari Ikan Sembilang Matang. Tapi rupa-rupanya kedai tu tutup seminggu ada majlis kahwin. Ingatkan dah tak ada rezeki nak merasa. Abah try luck call lagi satu kedai yang agak jauh ke dalam sikit tapi still dekat Matang jugak. Nama kedai tu Selera Azrorasa area Kampung Hujung Matang. Abah cakap kat sini pun sedap. Tapi semua kena call untuk reserved dulu kalau tak, mungkin habis atau pun kena tunggu lama sebab dorang masak fresh and based on order. Sebelum ni satu lagi kedai yang kitorang akan pegi untuk makan kari ikan sembilang setiap kali balik Taiping, Warung Mak Unggai. Tapi selalunya cepat habis kalau tak pegi awal-awal.

Perjalanan dari Kota Ngah Ibrahim di Matang ke kedai Selera Azrorasa lebih kurang 20 minit. Almaklumlah jalan kampungkan sempit sikit. Kena berhenti bila selisih dengan kereta lain. Dalam hati kitorang tertanya-tanya manalah abah nak bawak pegi makan ni. Sebab sepanjang perjalanan kitorang nampak rumah kenduri kahwin jer. Tak terlintas ada kedai dekat tengah-tengah kampung ni. Kalau bukan abah yang bawak sampai ke sudahlah kitorang tak tau ada kedai makan kat sini. Mana taknya, last sekali masuk kampung ni waktu zaman sekolah dulu, tu pun hampir berbelas tahun dah.

Sampai jer dekat sebuah kedai yang kiri kanan ada muara sungai. Memang menarik ada pemandangan macam ni dekat kampung sendiri. Impress kejap. Ada sungai, bot nelayan dan dorang letak pangkin kat bawah pokok. Memang feel habis...hehe tak perlu lah pemandangan macam sungai dekat Amsterdam pun macam ni dah kira best lah. 'Kampung feel'.

Sebabkan terlampau teruja nampak kari ikan sembilang dan ketam masak cili yang dah dihidang dalam claypot. Sampai lupa nak ambik gambar. Gambar yang ada ni pun maybe anak buah yang ambikkan sebab dalam handphone ada pulak. Memang tak cantik sangat tapi bolehlah kan...hehehe

Abah dah order 2 mangkuk kari ikan sembilang, 6 ekor ketam masak cili, ulam-ulaman dan nasi putih untuk 10 orang dan 2 jug air...total tak sampai RM100 kot (tak sure sebab abah yang belanja hehehe). Not bad kan...siap bertambah-tambah lagi. 

Cara masakan kari ni memang kena dengan taste tekak saya yang dah rindu sangat dengan makanan utara dan masakan arwah tok. Cukup rasa masam dan masin. Tak sabar nak balik Taiping and repeat sekali lagi :p

Kalau korang nak tau kat mana exactly location Selera Azrorasa ni, sila waze atau google map yer. Sure keluar punya. Kalau tak pun call lah dulu untuk reservation.


Selera Azrorasa, Kampung Hujung Matang, Taiping, Perak
Tel: 05-8412004 / 013-5332253 / 013-5184479
Operation hours: 12pm - 10pm (Selasa - Ahad)

Thursday, July 10, 2014

Interesting Idea: Decor Food For Kids







Ada tak anak-anak korang yang susah nak makan? Macam my nephew sorang ni memang susah nak kasi dia makan. Dia lagi suka main daripada habiskan makanan. Makan sesuap dua jer lepas tu dah kata taknak. Maybe kena cuba cara creative ni kot tuk buat kanak-kanak ni lagi berselera nak makan. Apa kata kita try ^^


Xoxo,
Yant_tie








Saturday, February 8, 2014

Best Cupcakes In Town: +Wondermilk Cafe



Another favourite spot kitorang kalau nak melepak, celebrate occasion ke, beli cake/cupcakes yang 'super cute' dan red velvet yang 'yummyh!' atau nak makan light-light --

Memang takde tempat lain lah yang kitorang tuju. The only Wondermilk cafe. Selalu lepak dekat hq Uptown (lama) tapi dorang ada dua lagi brunch dekat Publica mall, Hartamas dan Citta Mall. Untuk list menu korang boleh check dekat http://www.ilovewondermilk.com & address saya ada post dekat end entry.

Kopi Cap Rusa dorang memang signature la. Kalau pergi sana sure order ayaq tu. Dia dah ready-made dalam botol yang comel ala-ala botol ubat (mak saya kata ler hahaha) 

Akak saya and family pun dah terjebak sekali gian pi situ. Memang best sebab interior yang sangat cute dan selesa nak lepak berjam-jam sambil mengopi dengan kengkawan.

Senang cerita semua kat situ cute miut lah. Food pun sedap. Cake takyah cakap la -- nak makan pun rasa sayang sebab cantik sangat. Dorang memang ada sediakan cake/cupcakes yang ready made but boleh jugak custom tapi kena booking awal.

Info untuk muslim, cafe ni kepunyaan bumiputera (dak-dak melayu). So, jangan risau pasal halal ke tidak eh -- InsyaAllah ^__^

Apapun cuba g try dulu tengok camne --

Bon appΓ©tit!

Xoxo,









+Wondermilk Outlets:

+Wondermilk Damansara Uptown:
41 Jalan SS 21/1A Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: 03 77258930

+Wondermilk Citta Mall
Lot G-48 Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-78317296

+Wondermilk Publika Shopping Gallery
7A & 8A Level G2 Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-62111092

Bussiness Hours:
• Open Daily from 9am till 10pm
• Closed on Public Holidays

Thursday, February 6, 2014

Where to dine: Chawan, Bangsar (Lontong + Rendang daging)



Lontong nasi impit + rendang daging

muka tak siap..tu yang kena tutup (naked face) hahaha


Info Chawan, Bangsar:

Menu: (Masakan kampung)
Iced Coffee, Iced Blended Banana Coffee, Tofu Bakar, Nasi Kunyit With Rendang, Kuey Teow Soup, Limau Ais, Teh-O-Limau, Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Rendang Ayam or Beef, Lontong, Ketam/daging salai masak lemak cili api, Ubi kayu rebus dan kelapa parut dan etc.

Price:
Nasi briyani (RM16.90 ), hot coffee (RM5), Lin Chee Kang (RM3.80), Fresh orange juice (RM6), Nasi lemak bungkus (RM3), Nasi Dagang Ikan (RM10.90), Nasi Lemak Ayam Rendang (RM9.90), Asam Laksa (RM9.90), Curry Laksa (RM9.90)

Address:
69G Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
Jalan Telawi, Kuala Lumpur
(at the corner of Telawi, opposite Bangsar Village3)

Bussiness Hours:
8.00am – 1.00am (Mon-Thurs, Sun) 
8.00am – 2.00am (Fri, Sat & Eve of Public Holidays)



Sunday, February 2, 2014

Ikan bakar Bagan Lalang ~ Malaysian local food

Hari Sabtu lepas, kakak saya ajak join pegi makan ikan bakar dekat Bagan Lalang. Selalunya kitorang akan ke Melaka. Tapi kakak saya cakap dekat sana pun sedap dan agak berlainan sikit dengan cara masakan Melaka. Kalau di Melaka kan makan dengan nasi lemak tapi kat sini makan nasi putih jer. Mesti korang akan cakap saya ni ketinggalan kan sebab ni first time try makan dekat sini hahaha...nak buat macammana, kampung hubby dekat Melaka, so tiap kali balik ke sana sure pegi Umbai lah.

Oklah, apa pun nak share pasal first time experience saya makan dekat Bagan Lalang. Rupanya dekat situ pun banyak restoran dan kedai makan ikan bakar. Sebabkan kitorang pegi time cuti sekolah dan raya cina orang memang ramai sangat. Nasib baik kitorang sempat sampai before pukul 6pm. Ada lagi tempat kosong tapi tak sempat lah nak jalan-jalan dekat pantai (lain kali lah). Abang ipar saya pilih restoran paling hujung dan tepi muara, Restoran Terapung H.M Sri Bagan. Susana petang memang best walaupun masih ada cahaya matahari tapi nyaman bila kena angin laut. Syoknya!

Ni food yang kitorang order (6 orang makan) untuk yang tak pernah try makan kat Bagan Lalang (newbie macam saya...boleh la survey-survey harga kan).


Gambar snap dengan Sony Xperia Z1: 
http://yantiebasharudin.blogspot.com/2014/02/sony-xperia-z1-smart-phone-great-camera.html


Udang kertas masak masam manis (sweet sour) • 600gm x RM100 (market price) = RM60


Sayur kailan masak ikan masin • size medium = RM11


Ketam masak telur masin • 805gm x RM55 (market price) = RM44.28


Sotong goreng tepung • 625gm x RM50  (market price) = RM31.25


Ikan jenahak bakar • 815gm x RM70 (market price) = RM57.05


Pepahat @ siput buluh masak bercili • 400gm x RM50 (market price) = RM20


• Nasi putih (6 orang) x RM1.20 = RM7.20
• Tomyam campur size medium = RM11
• Nasi goreng cina = RM4.50
• Air buah (jug) = RM12
• Service charge (5%) = RM12.91

Total = RM271.20

Saya rasa price okay jer. Not bad sebab banyak yang kitorang order untuk 6 orang. Sebenarnya makan banyak ni boleh share 8-9 orang (kalau yang portion biasa-biasa la).

Oklah jumpa lagi next entry.

Xoxo,
Yant_tie

Mungkin korang minat ni:
http://yantiebasharudin.blogspot.com/2014/09/yeay-happy-dah-booked-ticket-kul.html?spref=fb
http://yantiebasharudin.blogspot.com/2014/09/pakej-foto-kahwin-murah.html

Friday, January 31, 2014

Food Styling: Breakfast with proud!




Good morningggg!!!!

Happy Chinese New Year to all my chinese friends!

Let's fe'filling at home. Prepare super cute + tempting breakfast for your love one!


Xoxo,
Yant_tie



Arnold Schwarzenegger: 
"My body is like breakfast, lunch, and dinner. I don't think about it, I just have it." 


Cheese + Chocolate almond brownies cake from Kartika Sari, Bandung


Thursday, January 30, 2014

Recipe: Cheese Tart & Fruits Tart

Saya bukan pandai baked sangat pun. My niece suka belajar buat tart, cake and biscuit semua ni. Saya pun temanlah dia join kelas baked. Tak rugi kan kalau try. So ni lah hasilnya....tarrraaa! bangga tau dapat buat sendiri (sebab tau diri sendiri sebenarnya tak pandai haha). Kat bawah ni ada recipe atas hasil pemahaman & penerangan dari cikgu. Sharing dengan korang.

Ok..bye!

Love,
Yant_tie


Sebelum buat Cheese tart or apa-apa tart pun kenalah buat 'shell' nye dulu kan.

Tart Shell (40-45 biji):

Bahan-bahannya:
50gm gula ising
170gm butter/marjerin
1 tea spoon vanila
1 biji telur gred C (untuk menunjukkan saiz telur)
290gm tepung gandum

Cara penyediaan:
• Gaul semua bahan hingga sebati
• Simpan doh yang sudah siap di dalam peti ais selama 1 jam
• Doh yang sudah sedia ratakan dalam acuan shell mengikut size sendiri
• Bakar selama 18 minit (170-180ΒΊc)

Shell sedia untuk dihias!




Cheese Tart

Bahan-bahannya:
250gm cheese cream (1paket)
50gm gula castrad
1/2 tea spoon vanila
1 biji telur

Cara penyediaan:
• Masukkan gula & cheese (pukul hingga sebati) kemudian masukkan 1 biji telur (blend mixer) dan tambahkan vanila ke dalam adunan yang dah sebati.
• Adunan cheese tadi (dah mix) masakkan di atas api (selama 5minit)

Akhir sekali:
• Ambil blueberry jem (diisi dalam shell)
• Isi cheese yang dah siap di masak tadi atas jem
• Ambil sedikit cheese dan warnakan untuk jadikan corak bunga di atas tart
• Kemudian bakar tart 5 minit


inilah hasilnya!

Fruits Tart

Bahan-bahan untuk Cream fruits tart:
4 cawan susu full cream
1 tea spoon vanila
4 biji kuning telur
125gm gula halus
50gm tepung jagung
100gm butter
1 chocolate bar
buah kiwi, anggur & strawberry (potong dadu)

Cara penyediaan:
• Masak susu dan vanila (hingga mendidih)
• Campurkan kuning telur, gula halus, tepung jagung dan butter (kacau hingga sebati)
• Masukkan adunan tadi ke dalam susu (masak dan kacau hingga pekat)
• Sejukkan atau boleh disimpan dalam peti ais

Akhir sekali:
• Panaskan chocolate bar (hingga cair)
• Titiskan/sapukan dalam shell (biar sampai chocolate tadi mengeras untuk mengelakkan shell cepat kembang lepas masukkan cream nanti)
• Isi cream yang dah sejuk tadi dalam shell
• Kemudian hias dengan buah-buahan yang dah siap dipotong


Dah siap!







Friday, January 24, 2014

Thursday, January 23, 2014

Cool cafe in town - Wood & Steel (Cafe & Gallery)

Today kitorang repeat bercoffee dekat Wood & Steel (Cafe & Gallery) Kota Damansara. Ni 2nd time kitorang lepak kat sini. Super love the interior. Obviously furniture daripada recycle kayu & besi.

Yang specialnya pasal cafe ni, selain coffee dorang specialist dalam pembuatan perabot berasaskan kayu dan besi. Customer boleh custom design macam mana yang dorang nak. Furnitures yang ada di cafe ni pun sebenarnya untuk dijual. Selain daripada duduk dan tengok jer kerusi or meja yang ada kat situ korang boleh terus beli kalau berkenan. Sebab tu setiap kali korang pegi ke cafe ni susun atur dan perabut kerap berubah. Interesting kan?

Maybe lepas ni boleh lah masukkan Wood & Steel dalam list cafe hopping/coffee hunting korang. For now, enjoy the pictures.

Love,
Yant_tie


Wood & Steel Cafe & Gallery
Address: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya 47810, Selangor

Opening hours: Tuesday to Sunday 9.30am - 11.00pm  
Price range: RM10 to RM20  

Kitchen only serves coffee and cake after 5pm

Email: woodandsteelco@gmail.com
Trending hashtag: #woodandsteel #woodandsteelco


Hot latte (RM12) & cheese cake



Hot mocha (RM10)