Wednesday, December 19, 2012

Result OH! Result...

Assalamualaikum...

Hi darlin'!

Hari nie hari penting untuk semua student yang amik peperiksaan PMR 2012 kan? Sure dari semalam ada yang tak lena tidur. Agaknya dah 2..3..malam kot. Maklum lah penentu untuk student-student yang memohon masuk ke asrama penuh atau sekolah khas.

Debaran nak ambik result nie I pun terasa uols tau x. Mana taknye anak buah I pun nak ambik result dia today. Dari kelmarin dia mengadu cakap tak boleh tidur. Susah hati menanti saat nak tengok hasil usaha selama setahun di tingkatan 3. Kesian..kesian...I pun penah merasa neves cenggitu...memang tak senang nak buat apa pun apatah lagi ada adik-adik yang nakal mengusik kakak dia pasal result. Lagi la kakaknye tu rasa nak nanges.

Pagi-pagi tadi my niece dah FB chat dengan I...mintak I tolong doakan tuk kejayaan result dia. Masa trial hari tu dia dapat 7A 1B pun dia dah meraung bagai. Ishh lagi la susah hati dibuatnye hehe....I pun mainkan lah peranan sebagai aunty skali skala kan..kasi la kata-kata semangat skit hehehe macam la pandai sangat! =P

Tengahari tadi, I tertinggal la pulak hp kat table sebab ada photoshoot. Tengok jer hp masyaAllah banyak nye misscall, FB message + whatsapp message lagi. Buka jer FB rupa-rupanya my niece berjaya dapat straight A's (8A)..Alhamdulillah....bersyukur sangat dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Berkat usaha dia yang bertungkus lumus belajar siang malam & diiringi doa dari orang-orang tersayang, Mimie (my niece) berjaya mendapat result yang cemerlang di dalam PMR. Memang dia menangis jugak la kan..tapi kali ni nanges happy la. I pun dah bergenang air mata uols cakap dengan dia kat fon tadi...ishhh sensitip sangat hehehe ^__^

So, tonite we'ouls satu family nak pergi celebrate. Mana ey? I was thinking Wondermilk! Yes..sesuai. Ada cake & food + tempat tu pun best! So...looking forward for tonite <3

Word for Mimie:
"CONGRATULATION MIMIE!! Alang bangga dengan kakak Mimie! Bangga sangat-sangat! Alang tumpang bahagia. Alang doakan kejayaan nie jadi landasan untuk kakak lebih berjaya & cemerlang untuk menempuh hari-hari mendatang. Perjalanan masih jauh, In sha Allah kalau kakak maintain & terus berada di landasan yang betul...kejayaan akan sentiasa jadi milik kakak. Alang akan selalu doakan yang terbaik untuk orang-orang yang alang sayang..In sha Allah."

L.o.v.e,
Yantie Basharudin





Tuesday, December 18, 2012

Best Trip 2012

Salam...

Hello dearies!

Dah lama saya tinggalkan blog ni sepi tanpa sebarang update. 2012 pun sudah hampir sampai ke penghujungnya kan? Banyak kisah yang interesting happend in my life sepanjang tahun nie. Banyak sangat sampai tak sempat-sempat nak update tau hehehe...

Dalam tahun nie sajer saya dah menjelajah hampir 2/3 negara di Indochina. Thanks to EH! magazine & AirAsia. Pada April lalu saya telah berpeluang ker Danang, Vietnam bersama pelakon cantik manis, Siti Saleha dan PA Shafinaz. Julai ke Vientiane, Laos dengan pengacara serba boleh HipTV, Karl Shafek. Bulan September pula saya berpeluang ke Sri Lanka, Colombo bersama pelakon kacak, Shah Iskandar dan Disember baru-baru ni saya bercuti ke Singapore & USS.

Kesemua lokasi percutian yang telah saya terokai memberikan pengalaman yang amat berharga dan membuka luas mata saya tentang dunia luar. Perbezaan budaya, bahasa, adab dan kepercayaan sedikit sebanyak membantu saya mengenal dunia yang sebenar. 

Sure ada yang rasa saya patut share pictures sepanjang perjalanan saya ke negara yang pernah saya jelajahi. Yeah, In sha Allah saya akan cuba untuk post semua gambar-gambar & sedikit sebanyak pengalaman saya di entri yang berikutnya.

Jangan kemana-mana yea...saya akan cuba selalu update time by time. 

“The world is a book and those who do not travel read only one page.” – St. Augustine


L.o.v.e,
Yantie Basharudin



My check-list 2012 hehehe

Travel diary yang sempat hubby saya belikan di kedai di
Somorset Mall, Singapore

Diary ni sangat berguna untuk kita manage our trip before & after

haaa...tengok ni! now dah xder alasan kalau oer packing or tertinggal
barang kan ^__^