Assalamualaikum...
Rasanya dah lama sangat last post aku dari yang dulu. Banyak hal yang tak dijangka jadi dalam hidup kita. Hal yang kita tak pernah terfikir wujud akan terjadi pada diri kita sendiri. Selama ni aku hanya baca kisah orang lain, bersimpati dengan nasib yang menimpa kaum-kaum wanita yang lain tapi masih tak boleh nak relate dengan hidup sendiri. Kenapa? Sebab takut? Sebab terlalu yakin dengan kebahagiaan sendiri?
Pada 17 Jun 2015 lalu aku telah kehilangan arwah Abah yang tersayang. Dia pergi dengan senang, tenang dan dalam keadaan dia yang sihat. Semua yang terjadi memang mengejut dan susah nak digest. Macammana pun apa yang jadi memang kita sebagai manusia kena terima setiap yang hidup akan mati dan yang datang akan pergi. Bila? Dimana? Macammana? Hanya Dia yang Maha mengetahui. Sakit kehilangan Abah tersayang masih terasa lagi peritnya tiba-tiba datang pulak ujian dari Allah bila kasih sayang sementara insan yang pernah jadi suami dan teman karib hilang sekelip mata tanpa warning tanpa clue.
Dalam menempuh dugaan ni aku teringat petikan luahan hati Farah Lee satu ketika dulu bila kes penceraian dan status dia jadi buah mulut orang. Now I really can feel u Farah ๐๐๐ serious hanya orang yang pernah rasa betapa peritnya dibuang dan ditinggalkan tanpa dia tau dan pasti sebabnya dan kat mana salah dia akan faham rasa tu macammana dan yang sebenarnya memang pedih sesiapa pun nak terima. Bila aku baca balik apa yang Farah pernah tulis memang lebih kurang sedikit sebanyak dengan luahan hati sendiri ๐ฅ
Note: dipetik dari Beautifulnara.com
Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.
.
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.
.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.
Betul..InsyaAllah setiap orang yang diduga dan diberi ujian dari Allah ada bahagia dan pelangi dihujung hari nanti. Tiap ujian dariNya takkan lebih dari kemampuan yang mampu kita tanggung. Sabar, doa, tawakal dan usaha yang termampu selebihnya kita serah pada Allah untuk tentukan yang terbaik untuk kita sebagai umatNya.
Sungguh aku agree; we try, we fight, we hope after all we leave peacefully and with no regrets InsyaAllah ๐
Showing posts with label MyFamilia. Show all posts
Showing posts with label MyFamilia. Show all posts
Saturday, April 29, 2017
Wednesday, July 22, 2015
Antara Percaya & Tidak...
Kenapa yer perasaan lately pelik sangat. Mood swing tak tentu arah. Kejap rasa nak marah pastu tiba-tiba sebak. Tup-tup meleleh jer air mata. Tidur pun mimpi pelik-pelik tapi tak pulak cerita dekat sesiapa. Maybe emosi tak stabil kot sebab puasa. Okay ignore!
Sehari sebelum puasa (17 June 2015) kitorang semua hantar Abah, Mak & Abang Pie kat KLIA2. Dorang nak menunaikan ibadah Umrah dan berpuasa kat sana. Abah memang happy sangat-sangat. Lain dari selalu. Abah bergurau - cerita itu ini. Bahagia tengok Abah sebab selalunya abah memang tak ambik port kalau cerita pasal travel ke apa ker. Kebetulan saya baru balik dari Perth seminggu sebelum puasa. Macam-macam Abah tanya experience sepanjang dekat sana. Abah ada pesan tahun ni tak payah beli baju raya untuk dia. Katanya baju dah banyak sangat. Tak pakai dah (saya memang tak paham maksud Abah...rupa-rupanya....)
Malam sebelum hantar dorang tu semua berkampung (tidur ramai-ramai) dekat rumah akak saya. Feeling macam malam raya (rupanya itu kali terakhir kitorang berkumpul ramai-ramai macamtu). Masa hantar abah tu tak tau kenapa perasaan ni macam kosong jer. Dalam hati terdetik yang ada kemungkinan Mak atau Abah takkan pulang bersama kitorang lagi...(Nauzubillahiminzalik) masa tu cepat-cepat buang perasaan dan fikiran macam tu. Berharap dan doa dorang selamat pergi dan pulang.
Sepanjang dorang dekat sana Abah pernah call dan bercakap dengan saya di telefon. Suara Abah happy sangat bercerita pengalaman dia sepanjang seminggu di Madinah dan berpuasa di sana. Abah pesan suruh saya tengokkan Adik Oli dan anak-anak dia. Alhamdulillah 12 hari lepas tu diorang selamat pulang. Kami sempat berbuka puasa bersama. Tapi Abah demam (perasaan dalam hati rasa lain macam sangat tapi...abaikan). And -- 1st time tengok abah cukur kepala. Masa pergi Haji dulu Abah cuma gunting sikit jer. Muka Abah nampak lain (lain sangat).
Seminggu lepas tu (Sabtu), suami ajak balik kampung sebab dia kata minggu depan tak dapat balik. Lagipun tahun ni sebenarnya giliran beraya di kampung suami, Melaka. Memang selalunya bila tiba giliran kampung suami kitorang akan balik 2 minggu sebelum raya untuk berbuka dan sahur sama dengan Mak Abah. Sempat bersahur dengan Abah pagi tu. Abah teringin makan bubur lambok dengan ikan tenggiri masam. Abah mintak saya sediakan. Alhamdulillah rezeki saya dapat sediakan untuk abah. Sebelum balik ahad tu Abah terbaring dekat ruang depan rumah. Abah kata demam lagi. Saya pujuk Abah nak bawak ke klinik. Abah sungguh-sungguh taknak. Otw gerak balik ke KL saya inform akak yang Abah demam tapi taknak pegi klinik. Kakak saya bising mintak adik saya bawak jugak abah ke klinik. Risau ada infection apa-apa sebab kerap demam (lagi pun kan baru balik dari Mekah). Abah pegi tapi belum sempat jumpa doctor Abah ajak adik balik. Dia kata dia puasa nanti kena inject batallah puasa dia (hmm Abah...Abah).
Esoknya Abah call saya, "Ati call abah ka semalam? Abah dah tidoq. Sampai Kolumpo pukul berapa? Ati jangan susah hati, Abah dah sihat. Takyah pegi klinik dah. Kelmarin Abah minum ais banyak sangat masa berbuka dekat pondok. Depa buat ayaq sedap sangat...minum sungguh, tu yang sampai demam. Abah dah makan ubat lepas buka semalam. Dah elok dah ni." Abah ketawa besar lepas tu. Sebenarnya tu lah kali terakhir saya dengar suara Abah, bercakap dan berbual dengan Abah. Dengar Abah ketawa (huhuhu takleh tahan ayaq mata ni nak meleleh pulak).
Hari Isnin (13 Jul 2015 - 27 Ramadan), tengahari tu saya call hp Abah tapi adik yang jawab. Adik tak inform pun yang Abah tak sihat (kena diarrhea). Malam tu dalam pukul 8 malam lepas berbuka, saya tengah shooting dan berbuka dengan kawan-kawan dekat studio, dapat panggilan dari kakak. Tiba-tiba dia menangis, saya panic. "Alang...Abah lang..Abah.." Saya tak tentu arah dah bila akak saya tergagap-gagap nak cakap sambil nangis. Dalam hati saya doa hope Abah tak ada apa-apa. Tapi...bila akak saya cakap..."Alang, Abah dah tak ada.." Macam ada panah yang cucuk jantung saya. Badan menggigil antara percaya dengan tak. Akal dan hati saya tak dapat terima apa yang akak saya sampaikan. Saya langsung tak percaya. Saya terus call adik kat kampung. Bila adik jawab call, dia just menangis dan suruh saya balik. Kenapa semua orang nak main-main dalam hal ni. Saya memang tak percaya. Rasa nak pitam. Nasib baik ada kawan-kawan masa tu teman dan tenangkan saya. Dorang hantar saya balik rumah dan kemaskan beg baju saya (Thanks Felina, Bibian, Zul, Aaron, Khairul, Abang David, Bidin, Khir). Dalam perjalanan tak henti-henti berdoa semoga Abah sebenarnya tak ada apa-apa. Mungkin sakit biasa jer. Suami tak henti-henti pujuk sepanjang perjalanan saya menangis.
Kira-kira pukul 1 pagi saya sampai ke kampung. Rumah penuh dengan kereta dan orang ramai tengah baca tahlil. Sampai jer di laman rumah. Saya terus rebah. Adik dan anak buah semua meluru papah saya masuk dalam rumah. Ya Allah!! betul ke Abah dah tak ada. Saya tak berani nak masuk ke ruang tamu. Hati berat nak terima kenyataan. Selesai tahlil, perlahan saya langkah masuk. Sebak bila nampak sekujur tubuh Abah terbaring (macam Abah tengah tidur). Air muka Abah bersih sangat. Saya peluk Mak. Mak tenang jawab soalan tetamu yang bertanya tentang Abah. Abah meninggal tak ada sakit serious. Dia cuba sakit perut dan pagi tu Mak ada bawak Abah ke hospital checkup. Doctor cakap Abah cuma masuk angin dan boleh balik rumah.
Alhamdulillah saya bersyukur Abah pergi dengan tenang. Abah meninggal masa tengah ambil wudhuk. Sepanjang hari kami adik beradik tak berganjak dari jenazah Abah. Itu kali terakhir kami dapat tatap wajah Abah dan peluk Abah. Kami tak henti-henti sedekahkan Yaasin & surah Al-Fatihah untuk Abah. Selepas solat Zuhur (14 Jul 2015) jenazah Abah selamat disemadikan bersebelahan dengan pusara Paksu, Tokwan dan Abang Lan (Abang sulung). Saya redha dengan pemergian Abah. Walaupun masih susah nak percaya. Terasa macam Abah sentiasa ada. Kesana sini dengan Pajero kesayangan dia. Selalunya setiap kali sehari sebelum raya Abahlah yang paling sibuk ke sana sini beli barang untuk buat rendang, lemang dan juadah raya.
Tapi tahun ni, Abah dah raya dulu. Kata adik, kuih raya yang kitorang kasi dia dah makan habis setiap kali berbuka dan sahur. Macam dia tahu dia tak sempat nak beraya bersama. Baju yang saya kasi untuk raya tahun lepas dan t-shirt yang saya beli di Perth pun Abah ulang pakai. Adik cakap kalau boleh hari-hari Abah nak pakai baju tu.
Kami memang tak ada hati langsung nak beraya. Sekarang saya betul-betul faham perasaan kehilangan orang yang dikasihi lagi-lagi di saat kita patutnya bergembira menyambut Hari Raya. Sebelum ni hanya baca kisah orang lain di facebook dan berita.
Ya Allah...saya betul-betul rindukan arwah Abah. Abahlah orang yang paling susah hati dan sibuk sekali bila ada antara kami adik beradik yang sakit atau ada masalah. Dia lah yang akan bergegas ambik tiket bas on the spot nak tengok keadaan anak dia tak kiralah kami kat mana sekali pun. Dialah yang paling kuat merajuk kalau kami tak call atau lama tak balik kampung.
Abah...Ati selalu doakan Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan kekasih Allah SWT. Insyaallah suatu hari nanti kita akan bertemu lagi di Jannah.
"Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh bapaku Haji Basharudin Bin Ahmad. Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."
Friday, August 1, 2014
Cerita Aidilfitri 2014 :: Haji Basharudin's Legacy
Tahun ni Aidilfitri disambut di Perak pulak. Turn kampung saya uols...walaupun terpaksa redah traffic jammed selama 9 jam untuk sampai ke Taiping dari KL -- ku rela harungi untuk pulang beraya di kampung halaman...ceewah! Ni sikit sebanyak gambarq & story raya saya tahun ni. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kesempatan berhari raya bersama keluarga dan ibubapa tercinta.
Macammana raya korang? Semoga berbahagia bersama keluarga ya! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Kosong-kosong yer!! ^^
Xoxo,
Yant_tie
Macammana raya korang? Semoga berbahagia bersama keluarga ya! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Kosong-kosong yer!! ^^
Xoxo,
Yant_tie
Tuesday, March 11, 2014
Birthday Party (Minion theme) :: Rifqy Turn Four (4)
Alhamdulillah --
Selesai sudah majlis family akak saya meraikan hari jadi anak bongsu Mohd Rifqi Zafran yang ke-4 tahun.
Segala hasil kerja DIY amat berbaloi dan jimatkan cost
Nak tau apa yang kitorang DIY? Saya post di next entry --
Xoxo,
Subscribe to:
Posts (Atom)




































