Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

Saturday, April 29, 2017

Suratan Takdir

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama sangat last post aku dari yang dulu. Banyak hal yang tak dijangka jadi dalam hidup kita. Hal yang kita tak pernah terfikir wujud akan terjadi pada diri kita sendiri. Selama ni aku hanya baca kisah orang lain, bersimpati dengan nasib yang menimpa kaum-kaum wanita yang lain tapi masih tak boleh nak relate dengan hidup sendiri. Kenapa? Sebab takut? Sebab terlalu yakin dengan kebahagiaan sendiri?

Pada 17 Jun 2015 lalu aku telah kehilangan arwah Abah yang tersayang. Dia pergi dengan senang, tenang dan dalam keadaan dia yang sihat. Semua yang terjadi memang mengejut dan susah nak digest. Macammana pun apa yang jadi memang kita sebagai manusia kena terima setiap yang hidup akan mati dan yang datang akan pergi. Bila? Dimana? Macammana? Hanya Dia yang Maha mengetahui. Sakit kehilangan Abah tersayang masih terasa lagi peritnya tiba-tiba datang pulak ujian dari Allah bila kasih sayang sementara insan yang pernah jadi suami dan teman karib hilang sekelip mata tanpa warning tanpa clue.

Dalam menempuh dugaan ni aku teringat petikan luahan hati Farah Lee satu ketika dulu bila kes penceraian dan status dia jadi buah mulut orang. Now I really can feel u Farah ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”๐Ÿ˜” serious hanya orang yang pernah rasa betapa peritnya dibuang dan ditinggalkan tanpa dia tau dan pasti sebabnya dan kat mana salah dia akan faham rasa tu macammana dan yang sebenarnya memang pedih sesiapa pun nak terima. Bila aku baca balik apa yang Farah pernah tulis memang lebih kurang sedikit sebanyak dengan luahan hati sendiri ๐Ÿ˜ฅ

Note: dipetik dari Beautifulnara.com
Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.
.
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.
.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.

Betul..InsyaAllah setiap orang yang diduga dan diberi ujian dari Allah ada bahagia dan pelangi dihujung hari nanti. Tiap ujian dariNya takkan lebih dari kemampuan yang mampu kita tanggung. Sabar, doa, tawakal dan usaha yang termampu selebihnya kita serah pada Allah untuk tentukan yang terbaik untuk kita sebagai umatNya.

Sungguh aku agree; we try, we fight, we hope after all we leave peacefully and with no regrets InsyaAllah ๐Ÿ’–

Tuesday, December 9, 2014

Kisah Benar: 'Jangan Tunggu' @ Majalah EH!

Bersetuju dengan luahan hati penulis dalam menggambarkan perasaannya yang sebenar sewaktu menzahirkan "Jangan Tunggu"

Text/photo courtesy: Majalah EH!  http://eh.com.my





Ketika saya menulis warkah ini, terngiang-ngiang di fikiran lagu Allahyarham P.Ramlee yang begitu popular mendayu menerusi filem Sarjan Hassan. Tunggu sekejap, bak kata seniman agung ini yang menggambarkan keadaan di mana dia meminta kekasihnya untuk tangguhkan apa juga yang sedang wanita itu lakukan dan menikmati masa indah mereka bersama. 

"Tunggu sekejap, wahai kasih. Kerana hujan masih renyai..."


Itu sekadar bait lagu. Saya akui ada perkara yang wajar untuk ditangguhkan dan ditunggu. Namun tidak semua. Kerana orang kata, sabar itu indah. Apabila kita tunggu sesuatu itu dengan sabar, maka apa yang datang seterusnya adalah akibat yang indah. Contohnya seperti petani yang bertungkus lumus bekerja untuk mencari sesuap nasi. Menanam padi mengambil masa berbulan untuk menampakkan hasil. Mana mungkin dia akan dapat berasnya keesokan hari. Justeru, dia perlu tunggu dan menangguhkan agendanya sehingga tiba masa menuai, dia akan dapat beras yang boleh dijual bagi menampung kehidupan keluarganya. Ya, itu satu contoh menunggu atau bertangguh yang paling relevan dalam dunia. Tetapi, bertangguh dalam kehidupan berkaitan perasaan dan masa depan dari segi kerja, sosial mahupun kasih sayang hanya mendatangkan masalah dan kecelaruan.

Pagi tadi, saya dikejutkan dengan perkhabaran mengenai salah seorang teman dalam industri fesyen tempatan yang pergi menghadap Ilahi secara mengejut. Teman ini menderita penyakit kanser sejak tiga tahun lepas dan sedari itu dia berjuang untuk melawannya. Dia tidak pernah bertangguh mahupun tunggu sehingga masa yang betul untuk bertindak mengikut naluri bilamana dia berhenti bekerja sebagai jurutera dan meneruskan minatnya dalam bidang fesyen sebagai penulis blog. Sementelah penyakit yang dihidapi membuatkan dia cepat lelah, dia seakan serasi dengan bidang fesyen yang kemudian menjadi sumber mata pencariannya. Sikapnya yang sentiasa positif dan berhati baik menjadi inspirasi kepada ramai orang, termasuk saya. Dia banyak membantu saya dari dahulu ketika masih mentah dalam bidang penulisan ini dan tegar menjadi teman sehingga ke hujung nyawanya. Mungkin sudah lama tidak berjumpa, saya terlupa untuk bertegur sapa dengannya walau hanya melalui SMS. 

Kelmarin, saya dikejutkan dengan berita yang dia tidak mampu bernafas dengan baik dek kerana penyakit kanser yang kembali menyerang secara serius. Saya terpana seketika, namun kembali melakukan tugas sambil berazam akan menanyakan khabarnya melalui panggilan telefon selepas waktu bekerja. Ya, saya bertangguh. Dan akhirnya saya lupa untuk bertanya khabar apabila tiba di rumah ke pangkuan suami dan keluarga. Saya lihat wajah keluarga yang gembira dan terlupa mengenai teman yang sedang menderita bertarung nyawa. 

Ralat bilamana mengetahui dia sudah meninggal dunia dan tidak sempat langsung untuk bertanya khabarnya. Menyesal kerana bertangguh walhal saya boleh sahaja sekadar SMS jika pun tidak sempat untuk menelefon. Tuhan menunjukkan kekuasaan-Nya dimana ajal itu sememangnya tidak boleh dijangka. Kerana itu, jangan pernah bertangguh atau tunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan rasa kasih dan penghargaan kepada orang sekeliling, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengasihi anda. Jangan pernah lupa untuk kucup tangan kedua ibu bapa setiap kali melangkah keluar daripada rumah dan elak melukakan hati mereka kerana sesungguhnya bila-bila masa sahaja mereka bisa ‘direnggut’ pergi dari dunia ini. ‘Nantilah, bukan dia orang nak pergi mana pun’ atau ‘Esoklah aku telefon’ adalah tanggapan dan ayat yang seboleh mungkin perlu dielakkan. Jangan pernah tunggu dan jangan sesekali membiarkan orang dikasihi pergi tanpa tahu apa yang tersirat di hati. 

Beralih pula soal jodoh. Seperti yang kita ketahui, bila sampai masa Allah akan temukan kita dengan jodoh yang telah ditetapkan sejak azali. Sekali lagi, jangan tunggu. Benar, jodoh itu rahsia Allah. Namun diri sendiri juga perlu berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari hari ke sehari. Tidak pernah saya setuju dengan pendapat orang yang mengatakan, ‘biarlah, bila sampai masa jodoh akan tiba dengan sendirinya’. Kisah seorang rakan lelaki patut dijadikan pedoman buat mereka yang menunggu jodoh tanpa usaha. Dia adalah seorang lelaki yang baik. Saya akui sendiri kerana cara layanan dan hormatnya pada wanita membuatkan hati senang ingin berkawan dengannya. Namun sayang, dia tidak pernah mahu berusaha untuk memperbaiki diri menjadi lelaki yang lebih baik kerana menurutnya, jika benar seseorang wanita itu mencintai dia sepenuh hati, pasti menerima segala kekurangan dan baik buruk dirinya. Saya mengeluh perlahan. Walaupun dia punya hati yang baik, namun dia bagai acuh tidak acuh memperbaiki kehidupan dan kerjayanya. Dengan penampilan yang bagai tidak terurus dan tahap kewangan yang tidak memberangsangkan, sesiapa juga akan takut mengikat komitmen dengannya. Rakan lelaki ini tegar meyakinkan saya yang penantiannya ini akan berbaloi di akhir perjalanan. Itu perbualan 10 tahun yang lalu. Kini, dia sudah pun menginjak usia 35 tahun dan dia masih kekal hidup sendiri. Yang sedihnya, dia tetap dengan pendirian yang sama bersama motor cabuknya dan kelulusan ijazah yang tidak digunakan dengan baik. Kekal di dalam angan-angan akan ada wanita cantik yang menerima keadaan dirinya yang selekeh dan tidak berduit. Bukan ingin mengagungkan wang, namun sedarlah ketua keluarga itu tanggungjawabnya menjaga kebajikan anak dan isteri dengan makan pakai yang cukup dan tempat berlindung. Dan kesemua itu menggunakan wang. Sedangkan mahu menghantar anak ke sekolah agama juga memerlukan wang. Bolehkah keluarganya bergantung kepada seorang lelaki yang menunggu bulan jatuh ke riba tanpa ada usaha apa-apa? 

Justeru, jangan tunggu untuk mengubah nasib hidup sendiri dan jangan sesekali menangguh masa kerana hidup hanya sekali. Semakin anda tangguh masa yang ada, semakin anda rugi. Ketahuilah sikap bertangguh hanya memberi kesusahan, bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini juga menjadikan sesuatu masyarakat itu semakin mundur dan susah untuk maju. Contohnya, orang Eropah, Jepun dan Korea begitu menghargai masa yang ada dan sentiasa tepat pada masanya. Mereka adalah contoh-contoh orang yang berjaya sehingga dipandang tinggi penduduk dunia. Pernah saya ke Singapura atas dasar kerja dan tinggal di hotel 5 bintang. Oleh kerana ketua kumpulan media Malaysia berasal dari luar negara, kami perlu berkumpul 30 minit lebih awal daripada kumpulan media dari negara lain. Hati saya tergelak kecil bilamana ada rakan media yang merungut perlu berkumpul terlalu awal, walhal masa yang ada untuk menunggu itu boleh digunakan untuk berehat di katil empuk dan selesa. 

Di saat saya menulis ini, diakui terlalu banyak sesalan yang jika mampu ingin saya putar kembali masa dan perbaiki apa yang telah saya tangguh dan tunggu untuk lakukan. Antaranya, timbunan kerja yang banyak jika dilakukan awal dan terurus masanya pasti tidak mendatangkan masalah ketika menghampiri masa deadline. Suka benar bertangguh dan dilonggok segala kerja untuk dilakukan di akhir masa. Pernah juga saya bertangguh dalam menyatakan hasrat hati kepada orang yang dicintai, lalu melihat dia melangkah pergi mencari kebahagiaan sendiri. Atau juga rasa sesal saya kerana tidak pernah ingin mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Sering sahaja ditangguhkan niat itu kerana sering beranggapan esok masih ada. Mungkin boleh juga memperkatakan perihal solat yang sering dilengah-lengahkan untuk dilakukan di akhir waktu. Jangan sampai Allah mencabut nyawa saya sebelum sempat saya bertaubat dan membuat amal ibadat kerana sikap bertangguh dan tunggu sehingga waktu sesuai. Al-fatihah buat Ami Schaheera dan takziah kepada keluarganya. 

Tuesday, March 25, 2014

Tears : 24.03.2014

Sesunggah tanggal 24.03.2014 hari yang penuh suram & pedih sekali --

Berita status kehilangan MH370 sudah terungkai. Seluruh negara merasa perit & pedih dengan berita ni. Bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Saya doakan semoga seluruh keluarga mangsa MH370 tabah & redha dalam menjalani ujian dari Allah SWT. Sesungguhnya kita hanya makhluknya yang kerdil. DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali -- Innalillahiwainnailaihirajiun

#Al-Fatihah



Dalam semua orang bersedih dengan kehilangan ni, saya turut bersedih dan diuji Allah SWT dengan dugaan yang sekian kalinya. Kita takkan tahu atau sedar yang Allah SWT sentiasa ingat dan memerhati kalau Dia tak tegur kita dengan dugaan. Apapun saya tetap bersyukur, itu tanda Allah SWT tak lupa pada saya walaupun saya selalu lalai dan tak sempurna.

Memang sedih bila mengenangkan kawan-kawan yang kita anggap sebagai sahabat, seolah-olah tikam kita dari belakang. Manis mulut di hadapan kita tapi penuh cerita di belakang. Kenapa perlu berpura-pura. Kan lebih elok bertanya langsung. Apalah salahnya berterus-terang, semoga tak ada lagi penyakit hati. Tapi setiap manusia kan ada kekurangan. Kita tak boleh hanya menuding jari pada orang lain saja. Mungkin betul kita ada salah yang kita sendiri tak sedar. Itulah tanggungjawab dalam bersahabat. Menegur dan membetulkan. Bukan menghukum atau menambah cerita.

Jangan sesekali kita lupa; ajal, maut, rezeki, kesihatan, harta semuanya daripada Nya. Bukan kita sebagai manusia yang menentukan. Jangan letakkan salah atas bahu orang lain kalau kita tak mampu lihat ke dalam diri sendiri. Kalau bukan rezeki kita, maknanya bukanlah. Sedaya mana kita paksa kalau Allah SWT cakap bukan hak kita maka bukan hak kita. Dengan nama Allah SWT saya berkerja keras untuk capai apa yang saya ada sekarang. Saya tak perlu menggunakan orang atasan untuk cepat naik. Saya tau kalau saya buat semua tu pun, suatu hari nanti, bau yang busuk tu orang akan dapat hidu jugak. Takkan kekal lama. Tak elok memfitnah kalau belum tentu betul ceritanya. Tolonglah sahabat, tegurlah kalau saya tersilap. Betulkan kalau saya lalai tapi jangan permainkan saya seolah saya tak ada perasaan dan hati --

Wahai hati, belajarlah memaafkan. Ambil yang positif, muhasabah dan cuba perbaiki diri. InsyaAllah semoga kita diberkati & dijauhi oleh segala hasad dengki dunia.

Allah Ta’ala berfirman, “Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kami” (QS. At Taubah: 40)


**************

Doa buat penenang hati:


Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo’a: “Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku.” melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan.” Tiba-tiba ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do’a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: “Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain).” (HR. Ahmad no.3712 dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy, Sheikh Syuรข’aib al-Arnaouth menyatakan Isnadnya Dhaif)
atau ada do’a yang lain :
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gundah gulana, sedih, lemah, malas, kikir, penakut, belenggu hutang dan dari tekanan/penindasan orang lain.” (HR. Al-Bukhariy 7/158 dari Anas radhiyallahu ‘anhu)
Implementasinya dalam bahasa apa saja karena sesungguhnya Allah SWT mengetahui bahasa hamba-Nya.
Waallahualam --

Yant_tie


Tuesday, February 18, 2014

Suara Hati: Kenapa?


Kenapa sedih?
Kenapa perit?
Kenapa kecil hati?
Kenapa menangis?
Kenapa beralah?
Kenapa diam?
Kenapa tak bela diri?
Kenapa tak terus-terang?

Kenapa tak peduli?
Kenapa tak sayang?
Kenapa tak memahami?
Kenapa beza-bezakan?
Kenapa tak pernah tanya?
Kenapa selalu macam ni?

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Aku juga ada perasaan --
Sama
Serupa
Tak ada beza pun dengan siapa-siapa

Tak layakkah disayangi dikasihi
Di balas kasih sayang ini

Hanya mampu diam
Senyum
Untuk merasa dihargai
Merasa secebis sayang yang aku tak pasti untukku

Aku perlu berusaha untuk sayang itu
Akur dengan semua
Diam tanpa bantah
Tangis dalam tawa

Moga hati ni terus tabah
Seperti semalam
Seperti hari-hari sebelum

Untuk esok
Untuk bila-bila

Suara hati,
Yant_tie