Friday, January 31, 2014

Food Styling: Breakfast with proud!




Good morningggg!!!!

Happy Chinese New Year to all my chinese friends!

Let's fe'filling at home. Prepare super cute + tempting breakfast for your love one!


Xoxo,
Yant_tie



Arnold Schwarzenegger: 
"My body is like breakfast, lunch, and dinner. I don't think about it, I just have it." 


Cheese + Chocolate almond brownies cake from Kartika Sari, Bandung


Thursday, January 30, 2014

Parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2013

Ok saya tau event ni dah lepas but still nak post. Banyak sangat yang ketinggalan tak update on my blog. Now baru lah datang mood rajin tu. So here you go!


Pada 13 November 2013 yang lalu, seperti tahun-tahun yang sebelumnya parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi berlangsung dengan meriah dan gemilang. Kali ini parti diadakan di Vertigo Club, The Garden. Ia bertujuan untuk meraikan celebrity tanah air yang berbakat dan pilihan peminat. Selain menjadi platform untuk peminat beramah mesra dengan celebrity kegemaran mereka. Memang penuh sesak dan padat tempat ni. Celebrity pun sangat sporting melayan peminat yang mintak nak bergambar. Semuanya mesra dan sporting habis....Keep it up!

With team EH! & Glam




Gambar kat bawah ni pulak masa sesi photoshot selebriti 20 Yang Anggun

Yana Samsudin

Shah Iskandar

Beto Kusyairy

Emma Maembong

Qi Razali

Bella Dally





Recipe: Cheese Tart & Fruits Tart

Saya bukan pandai baked sangat pun. My niece suka belajar buat tart, cake and biscuit semua ni. Saya pun temanlah dia join kelas baked. Tak rugi kan kalau try. So ni lah hasilnya....tarrraaa! bangga tau dapat buat sendiri (sebab tau diri sendiri sebenarnya tak pandai haha). Kat bawah ni ada recipe atas hasil pemahaman & penerangan dari cikgu. Sharing dengan korang.

Ok..bye!

Love,
Yant_tie


Sebelum buat Cheese tart or apa-apa tart pun kenalah buat 'shell' nye dulu kan.

Tart Shell (40-45 biji):

Bahan-bahannya:
50gm gula ising
170gm butter/marjerin
1 tea spoon vanila
1 biji telur gred C (untuk menunjukkan saiz telur)
290gm tepung gandum

Cara penyediaan:
• Gaul semua bahan hingga sebati
• Simpan doh yang sudah siap di dalam peti ais selama 1 jam
• Doh yang sudah sedia ratakan dalam acuan shell mengikut size sendiri
• Bakar selama 18 minit (170-180ºc)

Shell sedia untuk dihias!




Cheese Tart

Bahan-bahannya:
250gm cheese cream (1paket)
50gm gula castrad
1/2 tea spoon vanila
1 biji telur

Cara penyediaan:
• Masukkan gula & cheese (pukul hingga sebati) kemudian masukkan 1 biji telur (blend mixer) dan tambahkan vanila ke dalam adunan yang dah sebati.
• Adunan cheese tadi (dah mix) masakkan di atas api (selama 5minit)

Akhir sekali:
• Ambil blueberry jem (diisi dalam shell)
• Isi cheese yang dah siap di masak tadi atas jem
• Ambil sedikit cheese dan warnakan untuk jadikan corak bunga di atas tart
• Kemudian bakar tart 5 minit


inilah hasilnya!

Fruits Tart

Bahan-bahan untuk Cream fruits tart:
4 cawan susu full cream
1 tea spoon vanila
4 biji kuning telur
125gm gula halus
50gm tepung jagung
100gm butter
1 chocolate bar
buah kiwi, anggur & strawberry (potong dadu)

Cara penyediaan:
• Masak susu dan vanila (hingga mendidih)
• Campurkan kuning telur, gula halus, tepung jagung dan butter (kacau hingga sebati)
• Masukkan adunan tadi ke dalam susu (masak dan kacau hingga pekat)
• Sejukkan atau boleh disimpan dalam peti ais

Akhir sekali:
• Panaskan chocolate bar (hingga cair)
• Titiskan/sapukan dalam shell (biar sampai chocolate tadi mengeras untuk mengelakkan shell cepat kembang lepas masukkan cream nanti)
• Isi cream yang dah sejuk tadi dalam shell
• Kemudian hias dengan buah-buahan yang dah siap dipotong


Dah siap!







Friday, January 24, 2014

Thursday, January 23, 2014

Cool cafe in town - Wood & Steel (Cafe & Gallery)

Today kitorang repeat bercoffee dekat Wood & Steel (Cafe & Gallery) Kota Damansara. Ni 2nd time kitorang lepak kat sini. Super love the interior. Obviously furniture daripada recycle kayu & besi.

Yang specialnya pasal cafe ni, selain coffee dorang specialist dalam pembuatan perabot berasaskan kayu dan besi. Customer boleh custom design macam mana yang dorang nak. Furnitures yang ada di cafe ni pun sebenarnya untuk dijual. Selain daripada duduk dan tengok jer kerusi or meja yang ada kat situ korang boleh terus beli kalau berkenan. Sebab tu setiap kali korang pegi ke cafe ni susun atur dan perabut kerap berubah. Interesting kan?

Maybe lepas ni boleh lah masukkan Wood & Steel dalam list cafe hopping/coffee hunting korang. For now, enjoy the pictures.

Love,
Yant_tie


Wood & Steel Cafe & Gallery
Address: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya 47810, Selangor

Opening hours: Tuesday to Sunday 9.30am - 11.00pm  
Price range: RM10 to RM20  

Kitchen only serves coffee and cake after 5pm

Email: woodandsteelco@gmail.com
Trending hashtag: #woodandsteel #woodandsteelco


Hot latte (RM12) & cheese cake



Hot mocha (RM10)














Tuesday, January 21, 2014

DIY Ideas: Blackboard Walls As Art


I'm super excited kalau segala hal yang melibatkan kerja-kerja DIY atau mendeko rumah ni (padahal bukan pandai sangat pun hehehe...masih dalam proses belajar dan faham). Skang ni nak share pasal idea stick 'blackboard's wall sticker' atau pun cat satu sudut dinding rumah dengan cat khas 'Chalkboard Paint' tak kiralah dekat ruang kerja, dapur, ruang makan, bilik tidur atau pun bilik kanak-kanak. 

Hari ni en suami ajak pergi cari cat ni...weehhoooo (nanti kalau saya dah buat for sure saya share punya kat sini). Kita tunggu hasilnya okeh.

Kalau korang nak tau kat mana nak dapatkan chalkboard paint kat KL, follow facebook ni https://www.facebook.com/CandyPaintAsia dorang bukan setakat ada yang normal chalkboard paints yang pelbagai warna, ada jugak magnetik paint (maknanya boleh lekat magnet on the wall) dan white chalkboard paint yang super cool! Check it out!!

Love,
Yant_tie






























pictures copy from google