Wednesday, July 22, 2015

Antara Percaya & Tidak...


Kenapa yer perasaan lately pelik sangat. Mood swing tak tentu arah. Kejap rasa nak marah pastu tiba-tiba sebak. Tup-tup meleleh jer air mata. Tidur pun mimpi pelik-pelik tapi tak pulak cerita dekat sesiapa. Maybe emosi tak stabil kot sebab puasa. Okay ignore!

Sehari sebelum puasa (17 June 2015) kitorang semua hantar Abah, Mak & Abang Pie kat KLIA2. Dorang nak menunaikan ibadah Umrah dan berpuasa kat sana. Abah memang happy sangat-sangat. Lain dari selalu. Abah bergurau - cerita itu ini. Bahagia tengok Abah sebab selalunya abah memang tak ambik port kalau cerita pasal travel ke apa ker. Kebetulan saya baru balik dari Perth seminggu sebelum puasa. Macam-macam Abah tanya experience sepanjang dekat sana. Abah ada pesan tahun ni tak payah beli baju raya untuk dia. Katanya baju dah banyak sangat. Tak pakai dah (saya memang tak paham maksud Abah...rupa-rupanya....) 

Malam sebelum hantar dorang tu semua berkampung (tidur ramai-ramai) dekat rumah akak saya. Feeling macam malam raya (rupanya itu kali terakhir kitorang berkumpul ramai-ramai macamtu). Masa hantar abah tu tak tau kenapa perasaan ni macam kosong jer. Dalam hati terdetik yang ada kemungkinan Mak atau Abah takkan pulang bersama kitorang lagi...(Nauzubillahiminzalik) masa tu cepat-cepat buang perasaan dan fikiran macam tu. Berharap dan doa dorang selamat pergi dan pulang.

Sepanjang dorang dekat sana Abah pernah call dan bercakap dengan saya di telefon. Suara Abah happy sangat bercerita pengalaman dia sepanjang seminggu di Madinah dan berpuasa di sana. Abah pesan suruh saya tengokkan Adik Oli dan anak-anak dia. Alhamdulillah 12 hari lepas tu diorang selamat pulang. Kami sempat berbuka puasa bersama. Tapi Abah demam (perasaan dalam hati rasa lain macam sangat tapi...abaikan). And -- 1st time tengok abah cukur kepala. Masa pergi Haji dulu Abah cuma gunting sikit jer. Muka Abah nampak lain (lain sangat).

Seminggu lepas tu (Sabtu), suami ajak balik kampung sebab dia kata minggu depan tak dapat balik. Lagipun tahun ni sebenarnya giliran beraya di kampung suami, Melaka. Memang selalunya bila tiba giliran kampung suami kitorang akan balik 2 minggu sebelum raya untuk berbuka dan sahur sama dengan Mak Abah. Sempat bersahur dengan Abah pagi tu. Abah teringin makan bubur lambok dengan ikan tenggiri masam. Abah mintak saya sediakan. Alhamdulillah rezeki saya dapat sediakan untuk abah. Sebelum balik ahad tu Abah terbaring dekat ruang depan rumah. Abah kata demam lagi. Saya pujuk Abah nak bawak ke klinik. Abah sungguh-sungguh taknak. Otw gerak balik ke KL saya inform akak yang Abah demam tapi taknak pegi klinik. Kakak saya bising mintak adik saya bawak jugak abah ke klinik. Risau ada infection apa-apa sebab kerap demam (lagi pun kan baru balik dari Mekah). Abah pegi tapi belum sempat jumpa doctor Abah ajak adik balik. Dia kata dia puasa nanti kena inject batallah puasa dia (hmm Abah...Abah).

Esoknya Abah call saya, "Ati call abah ka semalam? Abah dah tidoq. Sampai Kolumpo pukul berapa? Ati jangan susah hati, Abah dah sihat. Takyah pegi klinik dah. Kelmarin Abah minum ais banyak sangat masa berbuka dekat pondok. Depa buat ayaq sedap sangat...minum sungguh, tu yang sampai demam. Abah dah makan ubat lepas buka semalam. Dah elok dah ni." Abah ketawa besar lepas tu. Sebenarnya tu lah kali terakhir saya dengar suara Abah, bercakap dan berbual dengan Abah. Dengar Abah ketawa (huhuhu takleh tahan ayaq mata ni nak meleleh pulak).

Hari Isnin (13 Jul 2015 - 27 Ramadan), tengahari tu saya call hp Abah tapi adik yang jawab. Adik tak inform pun yang Abah tak sihat (kena diarrhea). Malam tu dalam pukul 8 malam lepas berbuka, saya tengah shooting dan berbuka dengan kawan-kawan dekat studio, dapat panggilan dari kakak. Tiba-tiba dia menangis, saya panic. "Alang...Abah lang..Abah.." Saya tak tentu arah dah bila akak saya tergagap-gagap nak cakap sambil nangis. Dalam hati saya doa hope Abah tak ada apa-apa. Tapi...bila akak saya cakap..."Alang, Abah dah tak ada.." Macam ada panah yang cucuk jantung saya. Badan menggigil antara percaya dengan tak. Akal dan hati saya tak dapat terima apa yang akak saya sampaikan. Saya langsung tak percaya. Saya terus call adik kat kampung. Bila adik jawab call, dia just menangis dan suruh saya balik. Kenapa semua orang nak main-main dalam hal ni. Saya memang tak percaya. Rasa nak pitam. Nasib baik ada kawan-kawan masa tu teman dan tenangkan saya. Dorang hantar saya balik rumah dan kemaskan beg baju saya (Thanks Felina, Bibian, Zul, Aaron, Khairul, Abang David, Bidin, Khir). Dalam perjalanan tak henti-henti berdoa semoga Abah sebenarnya tak ada apa-apa. Mungkin sakit biasa jer. Suami tak henti-henti pujuk sepanjang perjalanan saya menangis.

Kira-kira pukul 1 pagi saya sampai ke kampung. Rumah penuh dengan kereta dan orang ramai tengah baca tahlil. Sampai jer di laman rumah. Saya terus rebah. Adik dan anak buah semua meluru papah saya masuk dalam rumah. Ya Allah!! betul ke Abah dah tak ada. Saya tak berani nak masuk ke ruang tamu. Hati berat nak terima kenyataan. Selesai tahlil, perlahan saya langkah masuk. Sebak bila nampak sekujur tubuh Abah terbaring (macam Abah tengah tidur). Air muka Abah bersih sangat. Saya peluk Mak. Mak tenang jawab soalan tetamu yang bertanya tentang Abah. Abah meninggal tak ada sakit serious. Dia cuba sakit perut dan pagi tu Mak ada bawak Abah ke hospital checkup. Doctor cakap Abah cuma masuk angin dan boleh balik rumah.

Alhamdulillah saya bersyukur Abah pergi dengan tenang. Abah meninggal masa tengah ambil wudhuk. Sepanjang hari kami adik beradik tak berganjak dari jenazah Abah. Itu kali terakhir kami dapat tatap wajah Abah dan peluk Abah. Kami tak henti-henti sedekahkan Yaasin & surah Al-Fatihah untuk Abah. Selepas solat Zuhur (14 Jul 2015) jenazah Abah selamat disemadikan bersebelahan dengan pusara Paksu, Tokwan dan Abang Lan (Abang sulung). Saya redha dengan pemergian Abah. Walaupun masih susah nak percaya. Terasa macam Abah sentiasa ada. Kesana sini dengan Pajero kesayangan dia. Selalunya setiap kali sehari sebelum raya Abahlah yang paling sibuk ke sana sini beli barang untuk buat rendang, lemang dan juadah raya. 

Tapi tahun ni, Abah dah raya dulu. Kata adik, kuih raya yang kitorang kasi dia dah makan habis setiap kali berbuka dan sahur. Macam dia tahu dia tak sempat nak beraya bersama. Baju yang saya kasi untuk raya tahun lepas dan t-shirt yang saya beli di Perth pun Abah ulang pakai. Adik cakap kalau boleh hari-hari Abah nak pakai baju tu.

Kami memang tak ada hati langsung nak beraya. Sekarang saya betul-betul faham perasaan kehilangan orang yang dikasihi lagi-lagi di saat kita patutnya bergembira menyambut Hari Raya. Sebelum ni hanya baca kisah orang lain di facebook dan berita.

Ya Allah...saya betul-betul rindukan arwah Abah. Abahlah orang yang paling susah hati dan sibuk sekali bila ada antara kami adik beradik yang sakit atau ada masalah. Dia lah yang akan bergegas ambik tiket bas on the spot nak tengok keadaan anak dia tak kiralah kami kat mana sekali pun. Dialah yang paling kuat merajuk kalau kami tak call atau lama tak balik kampung. 

Abah...Ati selalu doakan Abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan kekasih Allah SWT. Insyaallah suatu hari nanti kita akan bertemu lagi di Jannah.


"Ya ALLAH.. Sampaikanlah Seumpama pahala bacaanKu kepada roh bapaku Haji Basharudin Bin Ahmad. Ya ALLAH ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."













Wednesday, May 27, 2015

Perth, Western Australia – Bluinc Trip 2015
























“The purpose of life is to live it, to taste experience to the utmost, to reach out eagerly and without fear for newer and richer experience.” ― Eleanor Roosevelt








Tuesday, April 14, 2015

Makeover Bedroom > Before & After


The older I get, the more I want my master bedroom to just be super simple. I used to arrange everything every time really badly – like REALLY, REALLY OFTEN – imagine the worst; I did that. I clearly have one of those brains that don’t really shut down well and if I’m stressed it gets my body up and I do weird things in the room or house – My brain keep thinking about decorating. Which is I love it the most hahaha (see I told already 'HANTU' decor just stuck in my brain).

Okey, let's tour my simple; white, black and whatever color of my bedroom.

BEFORE


AFTER



Day time - where the sunlight torch straight from window


Friday, April 10, 2015

DIY - Makeup Storage

Today nak share makeup storage yang saya sediakan untuk simpan segala khazanah dan makeup yang tak seberapa banyak tu. Saya memang tak suka kalau barang tu bersepah atau tunggang terbalik depan mata (kalau sorok dalam drawer takper... :p)

So, sebabkan dapat good purchase barang IKEA katil + mattress + sultan + 4 big drawers yang normal price RM1K++ (discount before end march that day) saya dapat beli dengan harga RM500++ ...bestkan muraahhh!! Memang terus 'grab'lah tak tunggu.

Oleh kerana dah ada banyak hidden space. Saya tak beli pun makeup/dressing table. Actually saya tak minat sangat nak ada satu dalam bilik. Kalau ada pun letak mirror jer kot ngeee...

Saya kumpulkan jenis-jenis makeup and items into groups dan simpan dalam tupperware, boxes and jar yang boleh dapat daripada IKEA dengan harga bawah RM10. Boleh save banyakkan lagipun kemas. Korang pun boleh try -- clean and neat. Selamat mencuba!

Okay, this is my storage and hidden drawer -- tarrraaaaa!!!

Makeup bukannya banyak pun kan :p



Wednesday, April 8, 2015

My Blackboard wall - DIY


Excitednya nak share "My current obsession" dengan korang. Baru sebulan 'move in' rumah baru and finally dapat decor my own house.

Dalam old entry saya ada share pasal blackboard/chalkboard wall -- guna chalkboard paint. Kalau tak ingat klik sini http://yantiebasharudin.blogspot.com/2014/01/diy-ideas-blackboard-walls-as-art.html tapi kali ni saya dapat buat chalkboard wall just guna sticker. Senang nak cuci, padam and remove kalau tak nak.

My working space


Chalkboard sticker ni saya order from supplier. Tapi kalau ada sesiapa yang interested nak order boleh message saya. Saya akan orderkan. Its come together with chalk. Size yang saya beli 45cm x 200cm. Material high quality PVC. Boleh stick on wall, tiles, fridge, bottle (label) atau pun mana-mana hard surface area. Bestkan -- water proff lagi.