Saya ni selalu ber'cafe hopping and coffee hunting. Sebenarnya tak bagus untuk kesihatan tapi nak buat macammana memang best. Tak sah kalau tak jalan-jalan cari makan ni. Jadi, untuk balancekan diet pemakanan, saya ambil multivitamin atau supplement (macam gambar dekat atas tu).
Saya akan lebihkan buah-buahan, vitamin C, Q10, Qaseh Adinda (Jus ni 100% dibuat daripada bahan semulajadi. Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti KURMA, MADU, HABBATUS SAUDA', BUAH TIN, ZAITUN, DELIMA & AIR ZAM ZAM. Diperkaya dengan kehebatan Gam Arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradi seperti Za'faran, Ginko & Sireh. Juga herba khusus Tribulus, Passiflora, Pegaga & Manjakani. Sangat sesuai untuk Isteri/Ibu/Warga Emas/wanita yang berkerjaya yang banyak menggunakan tenaga & minda untuk berfikir, wanita yang bakal mendirikan rumah tangga, pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat, wanita mengandung, melahirkan & menyusu & wanita yang mengalami masalah berat badan).
Baru-baru ni saya amalkan ubat Clomid & Duphaston (hormon), symptom lepas ambil ubat ni sure cepat lapar dan selera makan menjadi-jadi. Kalau ikutkan nafsu makan memang cepatlah naik berat badan. So, untuk control rasa lapar tu, saya ambil Qaseh Adinda ni la. Memang berkesan dan perut rasa penuh (kurang masalah gastric). Jadi kuantiti makanan saya macam normal balik (happy sebab berat maintain). Lagi satu, kakak saya cakap banyak testimoni orang yang ambil Qaseh Adinda ni mudah mengandung (membantu kesuburan)..ermm tu yang lagi semangat amalkan jus Qaseh ni. Kalau sesiapa yang ada masalah yang sama, recommend sangat Qaseh Adinda ni. Insyaallah membantu selain banyak lagi benefit yang ada.
Saya mula ambil Qaseh ni bila kakak dan abang ipar saya start makan dan jual. Mula-mula dulu ambil on & off (malas dan selalu lupa). Tapi bila dah biasa memang wajib ambik la. Rasa jus ni sedaappp...macam makan buah kurma, manis je (owh yer, saya sebenarnya ada masalah kalau nak makan ubat sampai hubby kena duduk sebelah dan paksa hehehe malu jer kan dah tua-tua pun takut ubat). Tapi bila bab nak cantik, nak slim...boleh pulak yer. Tapi nasib baik Qaseh ni manis dan yummy hehehe --
Kat mana nak dapat? Haa sebab saya dah lama amalkan Qaseh Adinda ni dan kakak saya sendiri stockist, saya sentiasa ada stock dan korang boleh order dekat saya, whatsapp jer (016-4404565).
Okaylah for now. Sharing is caring.
Xoxo,
******
TIPS PEMAKANAN MENGIKUT SUNNAH:
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan CUKA bersama IKAN
Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut.
* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan". Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Dengan itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi: "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
Sumber: Amalan Pemakanan Yang Baik