This weekend my niece & nephew dari kampung datang herhoyeh-hoyeh kat rumah saya..di sini Bandar Sunway. So, selesai ajer deadline EH! isu May 2013 saya terus meminta izin bos saya yang baik hati untuk bercuti. Plannye? Haaa nak bawak budak2 berdua tu berjalan la apa lagi...kalau tidak mana ada masa kan...keje keje keje..aaiishhhh (ekekekekeke)
Sebetulnya plan asal nak ke Singapore. Planning semua dah cantik. Siap ambik cuti hari Jumaat nak bawak anak buah saya tu buat passport (masing2 tak pernah ada kan...sebagai aunty yang baik hati, penyayang & terbaik sure la nak buat yang the best kan...wahhhh tak tahan tu puji diri kekeke) Nak dijadikan cerita, mula-mula tu plan nak pergi ke Singapore tu hanya bertiga (saya, suami & niece). Tiba-tiba petang rabu tu my nephew nak turun KL juga sebab kakak dia pun memang dah sampai dulu ke sini. So, masukkan lah dia dalam senarai. Kesian takkan tak kasi kan anak sedara nak datang melawat aunty & uncle dorang yang paling best nih (lorh perasan lagi hahaha)
Okeh...pagi-pagi Jumaat tu masing-masing dah semangat giler bangun pagi. Pukul 6 dah celik mata. Kalau tidak punya lah susah walaupun dah dikejut. Pukul 9 pagi kitorang dah terpacak depan pejabat immigration Sri Rampai Wangsa Maju. Gigih tu dari Bandar Sunway drive to KL (memang selalu renew passport kat situ..so senang dah biasa). Urusan memang cepat giler sebab orang pun tak ramai lagi. Awal lagi kot time tu breakfast pun tak lagi (semangat tak? kekekeke) Gambar dah ambik, form dah isi...bila sampai ke pegawai kastam untuk ambil nombor giliran.....teeetttt hanya kakak yang lepas. Si adik? ayoooo masih di bawah umur (17tahun) adesssssss.......(terasa gelap kelam)
cik pegawai: "Dia datang dengan siapa?" (refer to Arraz)
saya: "Datang dengan saya cik." (kitorang pandang sesama sendiri)
cik pegawai: "Awak siapa? Mak dia ada datang sekali?"
saya: "Takde cik. Saya mak saudara dia."
cik pegawai: "Owh dia tak boleh buat yer. Dia masih di bawah umur dan kena datang dengan mak dia untuk tanda tangan....bawak surat beranak sekali."
saya: "Tapi mak dia takde kat sini sekarang. Ada di Perak."
cik pegawai: "Kalau macam tu memang tak boleh lah. Yang seorang lagi boleh."
saya: "Owhh....terima kasih." (terdiam...macammana boleh lupa yang si Arraz ni bawah umur lagi. memang lah tak boleh buat passport kalau takder tangan tangan ibubapa)
saya, arraz & farah: Pengsan!! (hahahahaha lawak giler)
Lepas saja selesai urusan buat passport si kakak...memang bermacam-macam cadangan kreatif lagi inovatif yang diutarakan supaya si adik ni tak ikut. (Saya dah ubah plan tak jadi pergi Singapura tapi ke Legoland saje) Memang lawak time tu. Sepanjang 3 hari si adik di persalahkan sebab jadi punca tak dapat pergi ke Singapore. Yang lagi kelakar bila Arraz buat tak tahu jer kakak dia salahkan dia (kekekekeke)...mungkin takde rezeki dorang nak pergi kali ni kan...insyaAllah lain kali kan banyak masa lagi.
Hari Sabtu telah tiba: Dorang still bangun pagi-pagi just semangat tu dah luntur. Susah dah nak kejut suruh mandi. Dari pukul 6 kejut tak bangun sampai ke pukul 7 pagi (aaiishhh kecewa betul tu kekeke)...Kami bertolak ke Johor kira-kra pukul 7.30 pagi. Perjalanan memang jauh jugak la kan. Sepanjang perjanan semua nyenyak tidur sebab bangun awal la katakan. Lagi pun apa nak buat dekat highway pun bukannya ada pemandangan yang menarik sangat.
Selepas bayar tol sebanyak RM49.80 di Plaza Tol Lima Kedai, kami tiba di Nusajaya, Johor lebih kurang pukul 11.45 pagi. Keadaan tidak sesak dan pengunjung pun tak ramai. Maybe bukan musim cuti sekolah kot. Alhamdulillah...senang sikit nak berjalan dan berurusan kan ^__~ Cuaca ketika kami sampai sememangnya panas terik. Boleh terbakar kulit uols....
Setelah parking kereta kami berjalan menuju ke kaunter tiket. Pengunjung memang tak ramai (yahhooo....best tak payah beratur okeh). Tiket masuk untuk warganegara Malaysia yang memiliki Mykad: Dewasa (12-59 tahun) RM120 seorang (termasuk RM10 voucher makanan). Kanak-kanak (3-11 tahun) RM90 seorang (termasuk RM10 voucher makanan). Warga emas (60 & keatas) RM90 seorang (termasuk RM10 voucher makanan). Untuk maklumat lanjut pasal harga tiket ni atau pun information korang boleh check ke official website Legoland Malaysia
http://www.legoland.com.my/
Tapi kami tak menggunakan keistimewaan pemegang Mykad sebab kami ada voucher discount dari Canon sebanyak 35% untuk 6 keping tiket. Untuk 4 orang kami bayar sebanyak RM364. Okla tu jimat banyak uols, lebih kurang RM200 (fuuuhhh banyakkkk tuuuu...macam-macam boleh buat tau kekeke)
Tanpa membuang masa kami terus masuk ke theme park. Sesi berfoto-foto pun bermula. Itu adalah wajib! hehehehe Nanti di last entry korang layan la foto-foto yang saya share tu yer ^___~
 |
| Di hadapan pintu mask LEGOLAND Malaysia |
Pandangan peribadi saya tentang LEGOLAND Malaysia? Ermmm not bad...bangga sebenarnya sebab negara kita mampu bina ataupun buka theme park yang boleh dikatakan bertaraf International. Mungkin sekarang masih banyak kekurangan sebab tempat ni pun belum siap sepenuhnya. Kalau korang nak pegi hujung tahun ni atau tahun depan InsyaAllah sure lagi happening. Hotel LEGOLAND pun still dalam pembinaan. Tengok dari structure binaan dan visual yang dipaparkan di dinding tapak pembinaan hotel tu memang sangat menarik. InsyaAllah mungkin saya akan ke sana lagi lain kali bila dah siap 100%.
Keadaan di theme park memang panas terik. Berpeluh sakan macam lepas merentas desa 5km hahaha...sunburn? Jangan cakap lah memang dah terbakar kulit. Saya nasihatkan kalau nak pegi pastikan apply sunblock lotion dulu. Memang sangat perlu yer.
Disebabkan cuaca panas yang sangat melampau...banyak game yang kitorang miss. Tak tahan babe macam nak pitam. Tapi kami sangat kagum dengan hasil kerja tangan designer dan arkitek Legoland ni yang mampu susun dan bina structure lego yang nampak perfect. Hebat!!
Apapun kitorang still enjoy..anak buah saya pun baik belaka. Dorang tetap appreciate saya bawa dorang jalan-jalan walaupun takde rezeki lagi ke Singapore. InsyaAllah lain kali yer ^___~
So, korang layan la picture-picture ni okeh.
Xoxo,
Yantie Basharudin
(yant_tie (ig), di_yantie (twitter)