Showing posts with label majalah EH. Show all posts
Showing posts with label majalah EH. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Wedding? Perkahwinan? Photoshoot? EH! Malaysia?

Assalamualaikum.....

HALLOOOOO gojes peoples!!! Sihat? Saya teramat busy semenjak dua menjak ni tapi ada kerajinan + kelapangan di kala malam yang syahdu nie nak update my blog....^__~ thanks sudi luangkan masa baca entry yang tah apo-apo nie hihihi

Okey macam yang u guys tahu saya kerja dengan majalah EH! bagi yang tak tahu majalah EH! tu apa boleh la luangkan masa & ringankan jadi awak yang runcing (chewaahhh) klik ke link ni ---> http://www.eh.com.my Magazine berkonsepkan URBAN nie just paparkan isu terkini & terbaik in town okeh; focus on Fashion, Lifestyle & Entertainment...Korang kena lah try beli dulu baru boleh tau magazine nie macammana la pengisiannye. Memang takkan menyesal punya lah!! Terbaek! (haaaa BluInc siler upkan gaji saya yer..ahaks)

Dalam dua tiga hari ni kitorang di editorial EH! sangat busy dengan photoshoot sempena WEDDING ISSUE (June 2013). Kitorang try to rewards our readers & followers something yang bernilai & terbaek untuk semua. Saya ada rakamkan behind-the-scene pictures untuk di kongsi bersama sekitar photoshoot yang berlangsung semalam (Shangri-La Putrajaya) & hari nie (II Studio & ButtonMyButton boutique).

Sesiapa yang nak kawen tak lama lagi and still runsing dalam mengatur persiapan perkahwinan. Apa kata try dapatkan EH! June issue nanti. Kami sediakan semua maklumat terkini melengkapkan persiapan perkahwinan korang. Paling best.....banyak hadiah yang maveles untuk korang-korang yang bakal berkahwin. Nasib lah saya dah kawen kalau tak memang takde can la korang nak menang kan....hehehe gurau jer ^___~

So, layannzzz picture okeh.....mwahx

Xoxo,
Yantie Basharudin
(yant_tie (ig) di_yantie (twitter))


Teusday - Photoshoot Fashion Spread (Wedding issue)
Our makeup artist Bong dengan team & model

Bong (makeup artist) & Gary (hair stylish) yang gila-gila...they r cute lol

haaaa....prop yang di sponser oleh Glamweddings. Gand garden wedding macam ada majlis betul-betulkan. LOVE!

my fevered lol! table setup. memang sayang la nak pakai kalau dah cun melecun cenggini

mungee deko

ni la bridesmaid of the day...ada lagi 4 orang

model in action...cantekkk tunggu hasilnya k

haaaaa ni saya la feling felingg uolsss

suka nya dengan Orchid nie...macam bunga plastic sebab perfect sangat & tahan lama...real ni tau

EH! team yang ohsem!

Garden wedding setup di Shangri_la hotel Putrajaya (our sponsor)

ni la dayang-dayang (bridesmaid) tu

Wednesday - Photoshoot Samsung Advertorial & Jurnal Fesyen

outfit untuk shoot ni..loaning by stylish

camera-in-action (action jer lebih semua ni haha)

Shoot jurnal fesyen pulak...tengok muka mr photographer Mr Patrick tu haha penat babe

hehehehe terselit juga gambar food ni. Saja nak bagi tau the only food that i had today sebab terlampau busy kekeke

with gojes lady Wan Sharmila

with celeb yang Cool & gila-gila Christina Suzanne & our stylish Michael

Monday, April 8, 2013

Majalah EH! - Kongsi gaya jalanan anda bersama kami!

Assalamualaikum...

Hai darlin's..how's ur weekend?

Saya? Tersangat busy dengan deadline. Kena siapkan magazine dalam dis week juga walaupun sebenarnya deadline dah tergelincir uols...

Apa nak buat kan...nak hasilkan yang terbaik kena la ambik masa sikit kan (jangan cakap alasan okeh...ehhh sorry sikit ey bukan alasan tau ni memang betul-betul hehehe tak percaya? cuba beli Magazine EH! issue May 2013 nanti. Sure korang terkezut tengok layout & content yang serba serbi lain...haaaaa)

Anyway, darlin...kalau korang berminat nak share OOTD (outfit of the day) korang yang meletops tu ke dalam majalah EH! setiap bulan....haaaa inilah masanya. Korang boleh email kepada saya okeh sebab saya yang buat layout untuk page tu hihihi....so, nak tak?



Layout baru by me: Dalam EH! May'13 issue. haaa jom la hantar kepada saya kalau nak
kitorang publish dalam majalah EH! issue depan pulak..jangan memalu ^__~


Jadi fashionista kami dengan menghantarkan gambar OOTD anda (full shot) bersama dengan nama, umur serta jenama/butiran pakaian anda didalam gambar tersebut.

Contoh:
Top - Bottom:
Turban (shawl) : iamjetfuel by Yuna
White shirt : Zara
Necklace/bracelet : Bangkok
Ring: Flea market
Jegging Pant: Cotton On
Pump: Vincci

We'll get Malaysia to notice your personal style. Email your picture now! :)


Caranya? Email jer kat saya norhayante@bluinc.com.my InsyaAllah saya akan masukkan picture awak-awak yang cantik & fashionista tu nanti ^__~

Xo xo,
Yantie Basharudin
yant_tie (ig), facebook, di_yantie (twitter)


Sunday, February 3, 2013

Vientiane, Laos - with EH!, AirAsia & Karl Shafek (2012)






Assalamualaikum

Aduhh lamanyer baru dapat peluang nak update pasal my Travelogue ke Vientiane, Laos. Yeahhh...Im Buzy sangat u'ols (sebenarnya malas hahaha).


Sepanjang tahun 2012 adalah Tahun luck untuk saya (senang kata macam kena jackpot lah...ooppsss no no no harammm okeh) mana taknya dalam setahun tu berapa kali saya dapat peluang bercuti sambil bekerja. Memang ohsem giler lah kejer dengan EH! & Blu Inc Media ni gehehe.....Tahun 2012 AirAsia telah berkobelerasi dengan EH! untuk menjayakan Percutian dengan Selebriti & AirAsia ke negara-negara di Indo-China & Indonesia. So dapatlah saya merasa ikut sekali sebagai salah seorang yang bertanggungjawab untuk menjaga sesi photolog bersama selebriti sepanjang kitorang kat sana.


Destinasi kali ini Karl Shafek dibawa ke Vientiane Laos. Haaa sure yang tak tahu Laos tu kat mana sebab macam tak familiar kan (saya lah tu haha) -- Ada sikit info pasal Laos. Laos adalah sebuah negara kecil di tengah-tengah antara Thailand, Vietnam, Cambodia dan China. Estimate population di Laos dalam tahun 2012 seramai 6.5 million orang. Ibu negara Laos adalah Vientiane. Sumber pendapatan utama di Laos adalah melalui pertanian & sawah padi.


Persediaan untuk ke Vientiane telah kitorang buat 2 miggu lebih awal. Kitorang menyediakan itinerary sepanjang aktiviti kat sana. Setiap masa kena gunakan dengan sebaiknya, lagi pun ni kan work trip buakan holiday kan. Seawal jam 6pagi kitorang berkumpul di LCCT. Segala tempahan tiket, penginapan termasuklah kenderaan kitorang telah diaturkan oleh AirAsia -- owhh untungnya!


Perjalan selama 1jam 30minit memang tak terasa (mana nak rasanya kalau sepanjang perjalanan tu tidor aje hahaha). Kitorang sampai di Vientiane International Airport (Wattay) lebih kurang pukul 8.30pagi. Lepas ambik luggage nampak tourist guide kami dah sedia menanti. Sunyi ajer kat airport tu. Urusan check-out kami pun mudah dan cepat -- tak sabar nye nak lihat pemandangan sekitar Vientiane. Sebuah negara asing yang iols baru tahu akan kewujudannya (nampak sangat lah tak focus kelas Geografi) kekekeke


Perjalanan ke hotel Mercure mengambil masa 30minit saja dari airport. Kitorang sampai ke sebuah hotel yang reka bentuknya agak klasik dan hanya dua tingkat. Rupanya tu antara hotel paling besar di Vientiane. Semasa proses check-in kitorang diberi satu cable internet connection untuk setiap bilik. Owh takde wifi? Kitorang agak terkejut okeh -- jarang dah nak jumpa now days hotel yang takde kemudahan wifi dalam bilik. lagi-lagi itu hotel yang dikatakan besar di sana. But its ok, trill jugak uols. Lain dari yang lain ^__~


Lepas ajer check-in bag kami terus keluar untuk lunch. Dah lapar sangat. Dah la cuaca panas terik. Rupanya kat sana senang jugak nak dapat halal food. Siap dapat teh-o-ais lagi tau...besttttt


Food paling feberet masa kat sana ayam/ikan masala (pure dari India) memang kat KL pun tak boleh lawan la. Masa pegi Sri Lanka pun tak jumpa masakan sedap macam kat Laos. Nape? saya pun tak sure -- tukang masak lain sebab tu tak sama kot hehehe

Untuk aktivit dan tempat-tempat yang kitorang dah lawat kena tengok gambar sebab nak story pun dah lupa. -- Jadi korang layan lah gambar-gambar kat bawah ni.

Let's pictures speak louder than words! ceee

Xoxo,
Yant-tie

p/s: sampai sekarang, walaupun dah lama saya still rindu tempat ni. Nature, food, calture -- senang citer semua lah (it's nothing but perfect for me)
Fathima Restaurant - Indian Malaysian Food
(my 1st dishes at Vientiane - Roti Canai telur + teh-o-ais)