Assalamualaikum
Aduhh lamanyer baru dapat peluang nak update pasal my Travelogue ke Vientiane, Laos. Yeahhh...Im Buzy sangat u'ols (sebenarnya malas hahaha).
Sepanjang tahun 2012 adalah Tahun luck untuk saya (senang kata macam kena jackpot lah...ooppsss no no no harammm okeh) mana taknya dalam setahun tu berapa kali saya dapat peluang bercuti sambil bekerja. Memang ohsem giler lah kejer dengan EH! & Blu Inc Media ni gehehe.....Tahun 2012 AirAsia telah berkobelerasi dengan EH! untuk menjayakan Percutian dengan Selebriti & AirAsia ke negara-negara di Indo-China & Indonesia. So dapatlah saya merasa ikut sekali sebagai salah seorang yang bertanggungjawab untuk menjaga sesi photolog bersama selebriti sepanjang kitorang kat sana.
Destinasi kali ini Karl Shafek dibawa ke Vientiane Laos. Haaa sure yang tak tahu Laos tu kat mana sebab macam tak familiar kan (saya lah tu haha) -- Ada sikit info pasal Laos. Laos adalah sebuah negara kecil di tengah-tengah antara Thailand, Vietnam, Cambodia dan China. Estimate population di Laos dalam tahun 2012 seramai 6.5 million orang. Ibu negara Laos adalah Vientiane. Sumber pendapatan utama di Laos adalah melalui pertanian & sawah padi.
Persediaan untuk ke Vientiane telah kitorang buat 2 miggu lebih awal. Kitorang menyediakan itinerary sepanjang aktiviti kat sana. Setiap masa kena gunakan dengan sebaiknya, lagi pun ni kan work trip buakan holiday kan. Seawal jam 6pagi kitorang berkumpul di LCCT. Segala tempahan tiket, penginapan termasuklah kenderaan kitorang telah diaturkan oleh AirAsia -- owhh untungnya!
Perjalan selama 1jam 30minit memang tak terasa (mana nak rasanya kalau sepanjang perjalanan tu tidor aje hahaha). Kitorang sampai di Vientiane International Airport (Wattay) lebih kurang pukul 8.30pagi. Lepas ambik luggage nampak tourist guide kami dah sedia menanti. Sunyi ajer kat airport tu. Urusan check-out kami pun mudah dan cepat -- tak sabar nye nak lihat pemandangan sekitar Vientiane. Sebuah negara asing yang iols baru tahu akan kewujudannya (nampak sangat lah tak focus kelas Geografi) kekekeke
Perjalanan ke hotel Mercure mengambil masa 30minit saja dari airport. Kitorang sampai ke sebuah hotel yang reka bentuknya agak klasik dan hanya dua tingkat. Rupanya tu antara hotel paling besar di Vientiane. Semasa proses check-in kitorang diberi satu cable internet connection untuk setiap bilik. Owh takde wifi? Kitorang agak terkejut okeh -- jarang dah nak jumpa now days hotel yang takde kemudahan wifi dalam bilik. lagi-lagi itu hotel yang dikatakan besar di sana. But its ok, trill jugak uols. Lain dari yang lain ^__~
Lepas ajer check-in bag kami terus keluar untuk lunch. Dah lapar sangat. Dah la cuaca panas terik. Rupanya kat sana senang jugak nak dapat halal food. Siap dapat teh-o-ais lagi tau...besttttt
Food paling feberet masa kat sana ayam/ikan masala (pure dari India) memang kat KL pun tak boleh lawan la. Masa pegi Sri Lanka pun tak jumpa masakan sedap macam kat Laos. Nape? saya pun tak sure -- tukang masak lain sebab tu tak sama kot hehehe
Untuk aktivit dan tempat-tempat yang kitorang dah lawat kena tengok gambar sebab nak story pun dah lupa. -- Jadi korang layan lah gambar-gambar kat bawah ni.
Let's pictures speak louder than words! ceee
Xoxo,
Yant-tie
p/s: sampai sekarang, walaupun dah lama saya still rindu tempat ni. Nature, food, calture -- senang citer semua lah (it's nothing but perfect for me)
![]() |
| Fathima Restaurant - Indian Malaysian Food (my 1st dishes at Vientiane - Roti Canai telur + teh-o-ais) |



















































































































































No comments:
Post a Comment