Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Makan Best di Taiping

Siapa nak jalan-jalan ke Taiping? Belah Utara ke? Nak tau makan mana yang murah dan sedap tak?
Selalu kalau kita pegi satu-satu tempat tu sure kita dok mencari apa yang best, signature food tak pun makanan yang memang worth it untuk kita try kan?

Okay aku nak share Nasi Lemak Berlauk Meletop RM2 daripada SambaLetop By Aja's Kitchen yang semakin viral sekarang. Detail dekat bawah ni:

Lokasi: Pokok Asam, Taiping (depan 7Eleven & market Pokok Asam)
Waktu Operasi: 6pm - 10malam
Hari Operasi: Setiap hari (kecuali hari cuti akan diupdate di Facebook & Instagram)
Jenis premis: Gerai mobile
Emel: byajaskitchen@gmail.com
No.tel: +6013-475 5686
Facebook: @Sambalazat By Aja's Kitchen https://www.facebook.com/SambaLazatbyAjasKitchen/
Instagram: @sambalazatbyajaskitchen http://ink361.com/app/users/ig-508620188/sambalazatbyajaskitchen/photos
*Mengambil tempahan Nasi Lemak Berlauk atau apa-apa nasi boleh request selewat-lewatnya 3 hari sebelum majlis)

Paling best menu dorang ada pilihan lauk:
• Ayam masak merah
• Sambal tumis ikan
• Sambal tumis udang
• Sambal tumis ikan bilis
• Sambal tumis sotong kering

Set nasi lemak + telur rebus + kacang goreng + timun

Semuanya RM2 jer tau!!! OMG kenapalah takde kat KL erh ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜…

Dorang ni pun ada ambik tempahan jugak kalau korang nak buat majlis Aqiqah, Birthday, Tunang, Wedding, Jamuan di office, sekolah atau pun kat mana-manalah tapi maximum 500 pax sebab dorang ni baru lagi belum cukup manpower tapi walaupun masih baru tapi Founder merangkap tukang masaknya Chef yang berpengalaman yer. Dah biasa dengan business food dan katering ni lebih dari 7 tahun pengalaman.

Nanti aku share gambar-gambar gerai mobile dengan food dorang ni - meleleh ayaq lioq abaq ang ๐Ÿ˜œ Tapi serious harga pengenalan dorang RM2 memang sangat-sangat berbaloi sebab kenyang makan dengan portion yang just nice dan memang betul-betul sedap. Aku dah try dan jadi peminat setia ni ๐Ÿ‘

Untuk Nasi Lemak Berlauk RM2 (SambaLetop By Aja's Kitchen) aku kasi ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Ayam Masak Merah
Nasi lemak Sambal Tumis Udang


Dorang ada product sendiri jugak - Sambal Kering Ikan Bilis Kacang RM5 jer - aku dah rasa memang maveles..tip-top!


 




Wednesday, December 10, 2014

Kari Ikan Sembilang - Kampung Hujung Matang

Masa abah datang melawat kitorang kat KL 2 minggu lepas, abah dah beriya-riya ajak kitorang balik kampung. Katanya nak bawak pegi makan kari ikan sembilang terbaik. Kitorang satu family memang 'gila' kalau dengar pasal ikan sembilang ni. Lagi-lagi kari utara. Hmmpphh memang tak boleh tahan punya. KL tak dapat oii!


Sabtu lepas kitorang berdua pun berroadtrip KL–Taiping. On the way tu sempat singgah makan 'nasi ganja' dekat pekan Ipoh. Memang mantap! Sanggup tu berlapar dari pagi tunggu nak makan kat situ.


Pagi Ahad tu abah awal-awal dah call tuan punya Kedai Kopi Kari Ikan Sembilang Matang. Tapi rupa-rupanya kedai tu tutup seminggu ada majlis kahwin. Ingatkan dah tak ada rezeki nak merasa. Abah try luck call lagi satu kedai yang agak jauh ke dalam sikit tapi still dekat Matang jugak. Nama kedai tu Selera Azrorasa area Kampung Hujung Matang. Abah cakap kat sini pun sedap. Tapi semua kena call untuk reserved dulu kalau tak, mungkin habis atau pun kena tunggu lama sebab dorang masak fresh and based on order. Sebelum ni satu lagi kedai yang kitorang akan pegi untuk makan kari ikan sembilang setiap kali balik Taiping, Warung Mak Unggai. Tapi selalunya cepat habis kalau tak pegi awal-awal.

Perjalanan dari Kota Ngah Ibrahim di Matang ke kedai Selera Azrorasa lebih kurang 20 minit. Almaklumlah jalan kampungkan sempit sikit. Kena berhenti bila selisih dengan kereta lain. Dalam hati kitorang tertanya-tanya manalah abah nak bawak pegi makan ni. Sebab sepanjang perjalanan kitorang nampak rumah kenduri kahwin jer. Tak terlintas ada kedai dekat tengah-tengah kampung ni. Kalau bukan abah yang bawak sampai ke sudahlah kitorang tak tau ada kedai makan kat sini. Mana taknya, last sekali masuk kampung ni waktu zaman sekolah dulu, tu pun hampir berbelas tahun dah.

Sampai jer dekat sebuah kedai yang kiri kanan ada muara sungai. Memang menarik ada pemandangan macam ni dekat kampung sendiri. Impress kejap. Ada sungai, bot nelayan dan dorang letak pangkin kat bawah pokok. Memang feel habis...hehe tak perlu lah pemandangan macam sungai dekat Amsterdam pun macam ni dah kira best lah. 'Kampung feel'.

Sebabkan terlampau teruja nampak kari ikan sembilang dan ketam masak cili yang dah dihidang dalam claypot. Sampai lupa nak ambik gambar. Gambar yang ada ni pun maybe anak buah yang ambikkan sebab dalam handphone ada pulak. Memang tak cantik sangat tapi bolehlah kan...hehehe

Abah dah order 2 mangkuk kari ikan sembilang, 6 ekor ketam masak cili, ulam-ulaman dan nasi putih untuk 10 orang dan 2 jug air...total tak sampai RM100 kot (tak sure sebab abah yang belanja hehehe). Not bad kan...siap bertambah-tambah lagi. 

Cara masakan kari ni memang kena dengan taste tekak saya yang dah rindu sangat dengan makanan utara dan masakan arwah tok. Cukup rasa masam dan masin. Tak sabar nak balik Taiping and repeat sekali lagi :p

Kalau korang nak tau kat mana exactly location Selera Azrorasa ni, sila waze atau google map yer. Sure keluar punya. Kalau tak pun call lah dulu untuk reservation.


Selera Azrorasa, Kampung Hujung Matang, Taiping, Perak
Tel: 05-8412004 / 013-5332253 / 013-5184479
Operation hours: 12pm - 10pm (Selasa - Ahad)

Tuesday, September 11, 2012

:: Corat Coret Sekitar Raya 2012 ::

Salam lovers,

Hari ni sajer nak share balik picture-picture masa Aidilfitri and b'day celeb baru2 ni..layannzz ^__^







belajar cara-cara buat kuih tart dari mother-in-low

haaa ni la rupanye dah siap..nyummyy

girls in family..

ma & abah

my dedicate tuk raya


budak-budak datang beraya

budak kecik main bunga api...

possing sakan


my really 1st card raya tuk tahun ni...ada jugak kan. dapat 2 tahun ni..yahoo

surprise b'day cake for my sis

with BFF

budak super active ni