Showing posts with label ketam masak cili. Show all posts
Showing posts with label ketam masak cili. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Kari Ikan Sembilang - Kampung Hujung Matang

Masa abah datang melawat kitorang kat KL 2 minggu lepas, abah dah beriya-riya ajak kitorang balik kampung. Katanya nak bawak pegi makan kari ikan sembilang terbaik. Kitorang satu family memang 'gila' kalau dengar pasal ikan sembilang ni. Lagi-lagi kari utara. Hmmpphh memang tak boleh tahan punya. KL tak dapat oii!


Sabtu lepas kitorang berdua pun berroadtrip KL–Taiping. On the way tu sempat singgah makan 'nasi ganja' dekat pekan Ipoh. Memang mantap! Sanggup tu berlapar dari pagi tunggu nak makan kat situ.


Pagi Ahad tu abah awal-awal dah call tuan punya Kedai Kopi Kari Ikan Sembilang Matang. Tapi rupa-rupanya kedai tu tutup seminggu ada majlis kahwin. Ingatkan dah tak ada rezeki nak merasa. Abah try luck call lagi satu kedai yang agak jauh ke dalam sikit tapi still dekat Matang jugak. Nama kedai tu Selera Azrorasa area Kampung Hujung Matang. Abah cakap kat sini pun sedap. Tapi semua kena call untuk reserved dulu kalau tak, mungkin habis atau pun kena tunggu lama sebab dorang masak fresh and based on order. Sebelum ni satu lagi kedai yang kitorang akan pegi untuk makan kari ikan sembilang setiap kali balik Taiping, Warung Mak Unggai. Tapi selalunya cepat habis kalau tak pegi awal-awal.

Perjalanan dari Kota Ngah Ibrahim di Matang ke kedai Selera Azrorasa lebih kurang 20 minit. Almaklumlah jalan kampungkan sempit sikit. Kena berhenti bila selisih dengan kereta lain. Dalam hati kitorang tertanya-tanya manalah abah nak bawak pegi makan ni. Sebab sepanjang perjalanan kitorang nampak rumah kenduri kahwin jer. Tak terlintas ada kedai dekat tengah-tengah kampung ni. Kalau bukan abah yang bawak sampai ke sudahlah kitorang tak tau ada kedai makan kat sini. Mana taknya, last sekali masuk kampung ni waktu zaman sekolah dulu, tu pun hampir berbelas tahun dah.

Sampai jer dekat sebuah kedai yang kiri kanan ada muara sungai. Memang menarik ada pemandangan macam ni dekat kampung sendiri. Impress kejap. Ada sungai, bot nelayan dan dorang letak pangkin kat bawah pokok. Memang feel habis...hehe tak perlu lah pemandangan macam sungai dekat Amsterdam pun macam ni dah kira best lah. 'Kampung feel'.

Sebabkan terlampau teruja nampak kari ikan sembilang dan ketam masak cili yang dah dihidang dalam claypot. Sampai lupa nak ambik gambar. Gambar yang ada ni pun maybe anak buah yang ambikkan sebab dalam handphone ada pulak. Memang tak cantik sangat tapi bolehlah kan...hehehe

Abah dah order 2 mangkuk kari ikan sembilang, 6 ekor ketam masak cili, ulam-ulaman dan nasi putih untuk 10 orang dan 2 jug air...total tak sampai RM100 kot (tak sure sebab abah yang belanja hehehe). Not bad kan...siap bertambah-tambah lagi. 

Cara masakan kari ni memang kena dengan taste tekak saya yang dah rindu sangat dengan makanan utara dan masakan arwah tok. Cukup rasa masam dan masin. Tak sabar nak balik Taiping and repeat sekali lagi :p

Kalau korang nak tau kat mana exactly location Selera Azrorasa ni, sila waze atau google map yer. Sure keluar punya. Kalau tak pun call lah dulu untuk reservation.


Selera Azrorasa, Kampung Hujung Matang, Taiping, Perak
Tel: 05-8412004 / 013-5332253 / 013-5184479
Operation hours: 12pm - 10pm (Selasa - Ahad)