Showing posts with label himpunan cerita pendek. Show all posts
Showing posts with label himpunan cerita pendek. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Kasih Ibu – Tidak Ternilai

Comel kan Mak kite -- hehehe

(hari ni rindu sangat-sangat dekat mak & abah)

Sayang Maaakkkk sangat-sangat! Kita tak perlu dah jadi Ibu untuk faham betapa besarnya kasih dia. Rasa berdosa sangat sebab selalu mengabaikan mak & abah selama ni -- jarang call mak, jarang jenguk mak, jarang tanya khabar, jarang nak pinjamkan telinga dengar keluhan mak, jarang nak percaya cakap mak -- kejamnya aku sebagai anak kan. Maaaakkk maafkan Ati

Orang kata aku lahir dari perut mak (bukan orang kata, memang betul lah kan)
Bila dahaga, yang susukan aku ..... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku ......Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku .....Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut ......Mak
Bila bangun tidur, aku cari .......Mak
Bila nangis, Orang pertama yang datang .......Mak
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ........Mak
Bila sedi, yang boleh memujukku hanya .......Mak
Bila nakal, yang memarahi aku ........Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma ........Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ........Mak
Bila takut, yang tenangkan aku .........Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk ........Mak
Aku selalu teringatkan ........Mak
Bila sedih, aku mesti telefon .........Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu .......Mak
Bila bengang, aku suka luah pada .........Mak
Bila takut, aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk!
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .
Bila nak exam, Orang paling sibuk juga ........Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu ........Mak
Bila ada masalah, yang paling risau ..........Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .........Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak
Yang selalu berleter kat aku .........Mak
Yang selalu puji aku .........Mak
Yang selalu nasihat aku ....... Mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak
Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"

--------
Kini Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari, Pasanganku
Bila sedih, aku cari, Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada, Pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada, Mak
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat, Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, Mak
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku! Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” !
Selalu, Aku ingat pasanganku!
Selalu, Mak ingat kat aku!
Bila-bila, aku akan telefon pasanganku! Entah bila, aku nak telefon mak!
Selalu  aku belikan hadiah untuk pasangank !
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak
"Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada.
"MAKKKKK! RINDU MA ! RINDU SANGAT!"

--------
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya!
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya!
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai: RM4.00
2) Tolong jaga adik: RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik: RM2.00
5) Tolong siram bunga: RM3.00
6) Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu!"

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

..... saaaaayyyyyyang MAK!!


Jika kamu menyayangi ibumu, share kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda.
Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.

Monday, February 24, 2014

Kisah Benar: "Hilang Bestari Kerana Materi"

Kredit: Corbis (Kisah Benar: EH! Mac 2012)

Entah apa mantera dibaca anak kecil kita lebih menghafal kalimat Lady Gaga daripada Rukun Negara.

Tahap kefahaman rendah psikologi dan kurangnya komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak ketika proses asuhan menjadi gangguan tumbesaran sehingga menimbulkan kesan negatif terhadap remaja.

Ya, keratan akhbar itu sedikit sebanyak menjadi bahan fikir aku pagi itu. Saat kopi masih berasap dan nasi lemak sotong menjadi hidangan, aku terus memikirkan tentang apa yang tertulis di akhbar tadi. Memang menjadi lumrah kita semua mahu dibaluti seribu kemewahan dan disanjung, namun bijakkah tindak-tanduk sebegitu hanya sekadar mahu dinilai daripada materi? Hal ini buat aku teringat akan teman kolej, Liza yang begitu menyanjung material. Fesyen menjadi tunjang mengapa orang mengenalinya. Masih ingat satu malam kala perbualan aku dan Liza dalam ruang dorm dan aku bertanya “Kau memang minat kumpul kasut?” Liza menjawab “Aah, kenapa? Kau suka? Boleh kalau nak pinjam.” Aku hanya mampu diam. Bila aku menjeling lihat satu persatu kasut yang disusun rapi di rak yang dibeli khusus menepatkan koleksi kasutnya, kelihatan semuanya berjenama dan terkini.

Dan aku bertanya lagi “Memang kau simpan duit untuk ini semua?” Liza hanya menjeling sebelum membalas “Alah membeli menang memakai.” Okey, good point! Aku berhenti di situ. Mungkin ada yang pelik kenapa aku begitu terusik melihat koleksi kasut Liza yang ada. Masakan tidak, wang saku yang diterima bulanan daripada MARA sama seperti apa yang aku dapat, tapi mewah Liza nyata berlebihan. Okey, jika kata wang saku bulanan yang diterima daripada orang tua ditambah dengan wang MARA tadi aku fikir masih belum mampu untuk menampung kos himpunan kasut yang ada. Benar, bukanlah Louboutin atau Rossi menjadi koleksi, namun melihat himpunan hi-street MNG, Zara dan Nine West yang tersusun, memang buat aku pelik. Itu belum dibuka gerobok yang diisi hampir penuh dengan baju malam minggu berbanding baju untuk ke kelas. Sampaikan satu hari akibat tiada sepasang pun baju kurung dalam simpanan, Liza terpaksa tebal muka meminjam sepersalinan kurung aku.  

Perihal ini berbangkit mengisi ruang kosong fikiran apabila melihat anak-anak buah yang semakin membesar, semakin dimewahkan dengan barang-barang berjenama oleh abang dan kakak aku. Bukan kepalang bergaya walau hanya untuk masuk ke kamar tidur. Belum lagi peralatan mainan yang bertimbun-timbun dalam bilik-bilik mereka. Dan lebih hebat bila melihat seawal usia dua tahun sudah dijamu mata dengan permainan video di iPad. Aku cuba membanding peratusan antara barang mainan dengan bahan bacaan, tampak jelas yang berbentuk ilmiah amat kurang. Jika adapun sekadar syarat mengisi ruang yang besar itu. Atau mungkin kerana belum masanya. Aku tertanya-tanya, inikah puncanya anak-anak era ini semakin longgar moral mereka? Peranan bagaimana lagi harus menjadi tunjang dalam membentuk akhlak mereka? Entahlah, mungkin ada baiknya kita kembali seperti apa yang datuk nenek kita mengajar ibu bapa kita dulu - penuh disiplin dan berdiri dengan kaki sendiri.

Aku berkesempatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang dibuka di tempat baru, lebih terceruk namun mendamaikan. Seawal kaki melangkah di tempat letak kereta, nyata ramai yang mengunjungi namun kecewa kerana kebanyakan anak muda yang datang lebih tertumpu di kawasan  khidmat internet dan teater 3D berbanding ke rak-rak buku yang dipenuhi dengan bahan ilmiah yang pasti belum mampu dicari menerusi google. Mata aku juga teralih kepada gaya mereka. Yang perempuan manis bertudung namun cacat di pandangan bila terlalu mencuba untuk menjadi Yuna dan lelaki pula semakin ketat seluarnya dengan kutang besar dan kardigan. Pengaruh Brandon Boyd mungkin…atau lebih tepat terlalu cuba untuk kelihatan cool, in trend dan current! Bukanlah salah untuk kita berpakaian, namun cuba dihitung fikir logiknya, sesuaikah apa yang anak-anak ini pakai untuk ke tempat ilmu begitu? Bagi aku, ini masih berlegar pada persoalan moral. Jangan sampai satu hari ada yang galak berpakaian sehingga lupa apa yang patut dan tidak kala melangkah ke surau atau masjid.      

Pada zaman di mana pencapaian materi menjadi keutamaan bagi generasi muda, jelas sekali apa yang mereka kejar hanyalah kemewahan. Keinginan membimbit telefon pintar yang canggih, memandu paling tidak Myvi, berpakaian jenama hi street dan minum sembang di Starbucks dan lain-lain kafe yang boleh merobek poket orang tua mereka. Namun begitulah alaminya kehidupan era ini. Mana ada lagi anak-anak muda mahu ke sekolah dengan berbasikal, jika ya pun semua sedang gila dengan basikal Fixie yang hadir dalam bermacam gaya, warna dengan janji kelihatan gah ketika mengayuh sekali gus menjadi dambaan anak gadis kontot akal. Malah sudah bukan lagi perihal yang pelik melihat anak-anak sekolah ini seawal usia 13 tahun sudah mula diberi kelonggaran oleh ibu bapa mereka untuk menunggang motosikal. Dan alasan klise yang kerap diberi ibu bapa bila ditanya mengapa membenarkan anak-anak mereka menunggang tanpa lessen, jawapannya “Dah tak boleh nak dilarang, biarlah. Yang kena tangkap esok dia jugak.” Alasan sebegitu diberi seolah-olah mahu melepaskan diri sedangkan itu tanggungjawab yang harus ditanggung ibu bapa. Aduh, keluh panjang aku melihat sebahagian anak-anak ini membesar dengan kebebasan yang tak terbatas.

Sebagai seorang yang masih bujang dan melihat keberlangsungan simptom sosial yang sedikit-sebanyak membentuk satu epidemik sosial dalam pola yang besar ini nyata menimbulkan keraguan dan tanda tanya. Andai kata satu hari nanti aku ditakdirkan berkahwin dan memiliki anak, adakah aku akan menjadi seliberal ibu bapa sekarang? Malah ada yang tidak kekok membawa anak ke kelab malam melayari kehidupan sebenar ibu kota katanya. Berparti hingga subuh dinihari sampai lupa apa yang perlu diisi jiwa adalah ilmu amal yang mulia. Aku tidak dibesarkan dalam keluarga yang besar dan mewah. Semuanya diberi sekadar cukup, selebihnya jika mahu aku harus usahakan sendiri dan aku bersyukur kerana jika aku tidak dididik begitu dan dilimpahkan kemewahan nyata aku pasti hanyut dan tidak peduli apa yang terjadi sekeliling adalah satu tanda kemunduran moral masyarakat.

Menjeling helaian muka depan akhbar akhir-akhir ini sudah cukup untuk aku sifatkan masyarakat kita semakin jauh perginya daripada norma-norma asas sebagai manusia. Kerana mahu kelihatan bergaya sanggup membiarkan maruah dijadikan bahan gadaian. Itu belum lagi kes ibu bapa sendiri yang menjual anak untuk melepaskan diri sendiri. Jika dulu akhbar diisi dengan kes jenayah begini kerana terperangkap kekasih Lombok, terjerat cinta VIP atau dilacurkan tanpa kerelaan diri, nyata apa yang berlaku hari ini berbeza sungguh. Kebanyakan kes berlaku atas kerelaan sendiri. Lihat saja berapa ramai yang sanggup lakukan apa jua hanya kerana wang dan kemewahan. Dibela sugar daddy, menjadi toy boy‘mak datin gersang’ atau sanggup songsang akidah dengan melakukan hubungan sejenis – lebih teruk dengan bangganya berkahwin dengan ‘mat salih’ sambil menyarung baju kebanggaan orang Melayu. Haus nilai kemanusiaan hanya kerana mahu menjadi mewah sekelip mata. Tercapai akal mereka sampai ke tindak-tanduk dan berakhir dengan kesalan yang sebenarnya tak berguna apapun lagi. Hujung ceritanya sama ada berakhir di penjara atau lebih teruk ke tali gantung, dibuang keluarga, tidak pun dibunuh oleh kekasih yang cemburu. Kehidupan begini seakan sudah biasa di kalangan manusia hari ini. Dan perihal ini membuat aku teringat akan kata-kata seorang penulis, “Saat dunia melebar dan jauh daripada asasi yang tinggal hanyalah kesilapan yang mengundang sesalan”. Dan nyata betul apa yang ditulis itu adalah kebenaran yang berlaku sekarang di zaman yang entah apakan lagi gajet canggih selepas iPad ini. 

Jika benar ini yang menjadi kayu ukur buat generasi akan datang, terus-terang aku gerun untuk melihat ke hadapan. Rasanya lebih rela ke belakang sedikit bukan untuk menjadi mundur tapi mahu belajar daripada sejarah. Kerana sejarah hitam nenek moyang kita dijajahlah buat mereka bangkit memperjuangkan maruah dan martabat bangsa. Apa yang berlaku kini, penjajahannya berbeza. Lebih halus dan makan dalam. Bukan setakat apa yang kita makan dan pakai. Tapi sudah melarat kepada etika bahasa kita sendiri. Jujur, kadang apa yang ditulis di laman twitter atau facebook sekarang sudah makin keliru mana datang singkatan yang sebegitu rupa. Buat aku terfikir apalah faedahnya kamus dewan yang setebal 1817 muka surat dibuat jika bukan untuk dirujuk padanya. Malah kita mencipta lagi perkataan dan terma yang dianggap lebih cool dan urban! Jangan sampai perkataan-perkataan singkatan ini pula nanti menjadi sebahagian perkataan rasmi yang dimuatkan dalam kamus dewan edisi akan datang. Minta simpang!

Begitulah ceritanya, kisah ini kisah nyata. Tentang kita, tentang anak-anak kita, tentang generasi yang bakal mengganti kita. Apa yang bakal ditinggalkan oleh generasi dulu jika tidak dikendong dengan bersulam akal fikiran nyata haus dan hilanglah budayanya. Perihal ini buat aku teringat kata-kata penulis Faisal Tehrani yang menulis: “Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama”. Semoga kalam ini menjadi bahan fikir yang berarah pada tindak yang lebih bijak bestari.

Kredit cerita asal: Majalah EH! Mac 2013 (column Kisah Benar) http://www.eh.com.my/


******

Xoxo,