Showing posts with label kisah motivasi. Show all posts
Showing posts with label kisah motivasi. Show all posts

Friday, August 22, 2014

Kasih Ibu – Tidak Ternilai

Comel kan Mak kite -- hehehe

(hari ni rindu sangat-sangat dekat mak & abah)

Sayang Maaakkkk sangat-sangat! Kita tak perlu dah jadi Ibu untuk faham betapa besarnya kasih dia. Rasa berdosa sangat sebab selalu mengabaikan mak & abah selama ni -- jarang call mak, jarang jenguk mak, jarang tanya khabar, jarang nak pinjamkan telinga dengar keluhan mak, jarang nak percaya cakap mak -- kejamnya aku sebagai anak kan. Maaaakkk maafkan Ati

Orang kata aku lahir dari perut mak (bukan orang kata, memang betul lah kan)
Bila dahaga, yang susukan aku ..... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku ......Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku .....Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut ......Mak
Bila bangun tidur, aku cari .......Mak
Bila nangis, Orang pertama yang datang .......Mak
Bila nak bermanja, aku dekati .......Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah ........Mak
Bila sedi, yang boleh memujukku hanya .......Mak
Bila nakal, yang memarahi aku ........Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma ........Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ........Mak
Bila takut, yang tenangkan aku .........Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk ........Mak
Aku selalu teringatkan ........Mak
Bila sedih, aku mesti telefon .........Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu .......Mak
Bila bengang, aku suka luah pada .........Mak
Bila takut, aku selalu panggil .......... " Mmaaakkkk!
Bila sakit , Orang paling risau adalah ........Mak .
Bila nak exam, Orang paling sibuk juga ........Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu ........Mak
Bila ada masalah, yang paling risau ..........Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni .........Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku ....... Mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ........Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ..........Mak
Yang selalu berleter kat aku .........Mak
Yang selalu puji aku .........Mak
Yang selalu nasihat aku ....... Mak
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk ......... Mak
Ucapan azimat mak "Biar org tak sayang kamu..... Mak sayang kamu"

--------
Kini Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari, Pasanganku
Bila sedih, aku cari, Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada, Pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada, Mak
Bila bahagia, aku peluk erat, Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat, Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa, Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah, Mak
Bila sambut harijadi, Aku bagi hadiah pada Pasanganku! Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” !
Selalu, Aku ingat pasanganku!
Selalu, Mak ingat kat aku!
Bila-bila, aku akan telefon pasanganku! Entah bila, aku nak telefon mak!
Selalu  aku belikan hadiah untuk pasangank !
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak
"Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah."
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada.
"MAKKKKK! RINDU MA ! RINDU SANGAT!"

--------
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya! Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya! Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya! Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya! Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya!
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya!
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai: RM4.00
2) Tolong jaga adik: RM4.00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik: RM2.00
5) Tolong siram bunga: RM3.00
6) Tolong sapu sampah: RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu!"

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
"Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

..... saaaaayyyyyyang MAK!!


Jika kamu menyayangi ibumu, share kanlah Status ini kepada sahabat sahabat anda.
Kasih ibu kasih sejati bawa ke hingga ke mati.

Sunday, February 9, 2014

Kisah Motivasi: Inilah Sebuah Takdir...

Gambar saya dan en suami masa jalan-jalan dengan family ke Melaka



Story ni saya jumpa di Facebook.

Banyak yang kita boleh belajar daripada kisah ni --

Bukan hak kita untuk menjatuhkan hukuman atau menilai orang lain atas kesilapan masa lampau dan kekurangannya.

Kadang-kadang kita sendiri lupa dimana kekurangan diri sebab terlalu sangat memandang rendah pada orang lain. Kita bangga dengan kelebihan yang kita ada.

Hopefully, kita sama-sama perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Xoxo,
 ***



Inilah Sebuah Takdir..

Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh.

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian...

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi,

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup !

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya.

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat.

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata.
Tumpah seribu air mata




Cerita Asal : Muhammad Rusydi