Showing posts with label Spa. Show all posts
Showing posts with label Spa. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Bangkok, Thailand (PT 2)


Assalamualaikum


First of all, I nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sume frens yang beragama Islam. Semoga lebaran ini membawa seribu erti dan kebaikan buat kita sume. Semoga perjalanan kita tuk pulang ke kampung halaman masing2 berjalan dengan lancar okeh. Jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa pohon ampun dan maaf. Kira kosong-kosong lah yer ^___^* 




Okla as my promise, we continue our story... Macam mana kitorang cari halal food masa kat Bangkok after habis shopping kat Chatuchak Market tu. Kitorang sebenarnye memang xde idea langsung kat mana nak cari halal food sebab everywhere tempat yang kitorang lalu semuanya serve p***. So, weolls decide tuk ambik taxi and pegi their shopping mall. We guess kat sana sure ada food court yang serve any halal food kan. Truly kitorang memang x confident pun pasal tu sebenarnye. Lebih kepada redah je la =)

Actually kat Bangkok ada lebih dari 10 buah shopping mall in their town. Sebabkan takde idea which shopping mall yang patutu kitorang pegi kitorang pun tanya la pada taxi driver tu which shopping mall is nearer from Chatuchak. So, dia pun bawa la kitorang ke Siam Paragon, Siam. Perjalanan kitorang ke Siam Paragon shopping mall mengambil masa lebih kurang 30 minit plus dengan traffic jam lagi. Kat sana dorang banyak gunakan highway so every toll yang kitorang lalu cost us dalam RM4. Mahal juga kan. Sementara nak sampai tu lalu 2 toll juga la. Dalam hati masing2 doa hope kat situ ada la serve halal food coz perut dah tak tahan lapar sangat ni. Memang dah tukar macam2 genre lagu. Dalam hati rasa menyesal jugak sebab tak bawak apa2 bekal jajan or roti dari KL. Kalau nak beli dekat 7E sana pun tak tahu flavor apa tah coz x paham tulisan Thailand (hehehe).

Selesai jer redah semua traffic jam yang teruk tu, kitorang pun sampai la ke destinasi. Memang x cakap banyak dah. Memasing terus jer cari food court dulu. Mula2 tu kitorang tak jumpa pun any stall yang serve halal food. Sedey beb..lapar giler ni. Mula la rasa nak balik KL time2 ni jugak huhuhu...

Tiba2 sorang kawan I cakap dia jumpa stall tu dekat tengah2 antara stall2 lain. Kecik je pun patut la x nampak ^__^. X kisah la kan, itu maknanye kitorang dapat makan (sadis kan ayat camtu =p). Part paling kelakar, kitorang semua (7 person) order same menu, Pad Thai (Thai fried noodles). Biar tukang masak tu masak cepat sikit sebab order pun sama jer...hahahaha. Ni 1st time jadi kat I. Memang, xkan lupa dat part sampai bila-bila tau ^__^. Actually after all, I rasa lagi hargai Malaysia macam our country is the perfect place to live in d world. Betul kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik negeri sendiri kan (cewah selit peribahasa pulak =p)

Back to d story, once food kitorang sampai jer, semua senyap and just focus eating. Dah  rasa macam dats d best food eva la time tu hehehe. Dahsyat juga kan rasa kelaparan camtu (tiba-tiba terlintas kat fikiran I camni ke rasanya frens kita yang jadi mangsa peperangan n kebuluran tu kan...sangat sadis nasib dorang tu. Kita sememangnya patut bersyukur sangat dapat idup dalam negara yang aman damai, cukup makanan, pakaian dan ada tempat tinggal yang selesa. Alhamdulillah... (Oppss termasuk part sedih pulak ni). Dalam masing2 tengah rancak makan tiba2 sorang my fren ni jadi clumsy, dia tertolak gelas air sampai banjir pinggan dia dengan Coke. Dah tu sempat explain kat kitorang yang tangan dia dah shaking katanye coz terlampau lapar... heeee dahsyat betul. Tau x apa jadi dengan mee dia yang dah banjir tu? Selamat juga mee tu masuk dalam perut dia. Dialog dia "tak per mee perisa baru (coke)...alaarr klu masuk dalam perut tu dia mix juga dengan air hahaha" (sebenarnye sebab utama, dia tak sanggup nak tunggu tukang masak tu buatkan yang baru. Lapar dah sampai tahap maximum lah tu. Terus jadi x kisah nak telan juga walaupun mee tu dah kembang kikiki).

Abes jer makan baru perasan keadaan sekeliling yang sememangnya ramai orang, kebanyakannya local. Siap ada traditional dance performance tu. Apesal tadi kitorang langsung tak perasan ey hahahaha (mana nak perasannye asyik ingat makanan jer =p). Menarik juga persembahan dorang tu siap dengan costume bagai. Baru la masing2 ada mood nak gelak2 kan. Iye perut dah kenyang senang hati lah ^__^

After that, kitorang jelajah Siam Paragon shopping mall, not bad juga mall dorang. Besar dan banyak juga hi fashion brand. lebih kurang macam One Utama and Sunway Pyramid kita juga. Dekat luar mall ada tersedia small park and water fountain untuk pengunjung melepak. Agaknye ni memang port lepak dorang kot. Kitorang tak shopping apa2 pun kat sini just cuci mata jer. Their sold items yang sama je kat KL. So, save money for something else yang xde kat Malaysia =)

Hampir sejam lebih kitorang duduk kat mall tu. Badan pun dah lemau sangat. Kitorang ambik train tuk balik semula ke hotel. Perjalanan masih jauh ni. Nak kena tukar 2x train tuk sampai ke destination.

Kitorang turun di station yang paling hampir dengan hotel but still kena lalu Platinum Mall dan kedai2 yang menjual kain2 ela dan gerai di sepanjang kaki lima kedai. Bagus masyarakat di Thailand ni. Pandai cari duit kan. Everywhere boleh nampak dorang berniaga. Sorang my fren RD suggest nak singgah di kedai kain. He wanna buy for his sister and mom. Semua kedai kitorang masuk mencari kain yang berkenan. Banyak juga pilihan yang ada dan paling penting harganya lebih murah berbanding di Malaysia. RD pilih kain jenis Thai silk, cotton, lycra and a few lagi la. RD memang part time fashion designer. So, memang dia expert la bab2 pilih kain ni kan. 

Kitorang yang lain sebenarnya dah takde daya lagi nak berdiri. Dengan badan yang melekit memang rimas sangat. I suka tengok kain2 yang ada tapi entah takde mood nak beli pun. Maybe sebab terlampau penat. Kalau dapat mandi sure fresh balik. Kitorang tunggu sampai RD abes shopping. Yela takkan nak tinggal member kan. I and frens yang lain dah plan lepas ni weolls nak balik ke hotel dulu dan mandi. After that keluar balik and pegi ker Platinum Mall. Dengar khabar dari frens yang dah pegi dalam mall tu memang banyak barang yang best2. Dah tak sabar ni nak mencari apa lagi yang boleh di bawa balik ke Malaysia sebagai ole2.

Lebih kurang pukul 8.30pm (Thai time), kitorang pun berjalan kaki ke Platinum mall dengan hati berbunga2 nak cuci mata. Sampai jer kitorang dekat depan mall tu gelap gelita jer. Rupa-rupanya mall tu dah tutup la. Dorang tak macam kat KL mall kita still open sampai pukul 10pm. Kecewa sangat tapi nasib baik la kitorang ada masa setengah hari lagi esok sebelum bergerak ke airport untuk balik ke KL. Just dua orang my fren, Nadia dan Fadzli tak sempat untuk join kitorang esok bcoz of flight dia bertolak pagi. Nampak sangat muka dorang yang kecewa tu...kesian. 

Now masa untuk makan malam, satu lagi problem timbul. Pasal food lagi ni. Dalam kepala masing2 ada question "MANA NAK CARI FOOD??" aihh susah jugak kan. Sebenarnya di Bangkok bukan takder halal food. Ada..banyak sebenarnya just kedai2 makanan halal ni bukan di area hotel yang kitorang stay. Kat sini susah sikit. Just ada Indian food or local thailand food. Bagi sesiapa yang tak kisah makan seafood tomyam or any thailand restaurant yang serve p***. Memang lah kita boleh order seafood saje but kalau rasa was2 better not kan ^__^. So kitorang try pegi McDonalds but ayoo sume ada serve p*** la. Lain nye McD sana kan. Kitorang beli juga tapi just Ice-cream, fries and coke jer la. Yang lain tak sanggup weh. Apa pun I suka sangat suasana malam kat sana. Memang best untuk melepak dan tengok gelagak orang. Macam2 ada. Fun!

Sebabkan terpaksa cancel plan untuk bershopping, kitorang mencari spa2 yang menawarkan body massage. Memang banyak sepanjang jalan. Tapi kena pandai pilih tau. Bukan semua okey. Price dorang amat lah murah just RM15 (per hour) tuk full body massage. Best kan..havent sangat. Sebab tu all my colleague memang tak lepaskan peluang untuk memanjakan diri masing2 kat sini. Ada yang sampai 3-4x pegi hahaha (lemau badan cek kalau massage lama2 ni). I, Ieda n Nadia decide untuk buat traditonal Thai massage (alaaarr yang lipat-lipat badan tu), tak pernah try tau. Kalau kat KL, massage macam tu cost us dalam RM70 (per hour). Memang murah sangat kan kat Thailand. Thats y ramai yang suka pegi ke Thailand especially tuk try dorang punya massage service. 

Staff2 kat situ peramah semuanya. Walaupun dorang tak fasih berbahasa inggeris tapi dorang cuba juga. Nice sangat. Sepanjang proses urutan tu memang ada perasaan takut sebab bayangkan bila badan kita kena lipat dan diangkat-angkat. Macam2 style ada hahaha...kuat dorang ni boleh angkat weolls. Dorang pun bukannya besar mana sangat. After je selesai, masa kitorang turun rupa-rupanya our bodyguard Fairuz dan Fadzli masih setia menanti. Bagus my frens ni, sanggup tunggu sampai sejam. Dorang risau weolls balik sendiri. Dah la sume perempuan. Baik hati korang kan (nada terharu =P). Lepas tu kitorang memang balik ke hotel. Tak ada selera nak makan kat mana2 kedai pun.

Sampai bilik hotel baru teringat ada bawak bekal maggie cup la. Yahooo maknanya dapat la makan. Terus roger neighbour2 bilik sebelah. Rupanya dorang pun ada bekal maggie jugak. Huh memang kitorang berpesta maggie la malam tu. Lepak kat bilik dorang, masak maggie dalam gelas hotel lagi. Kellaasss gitu hehehe (mau pening room service tengok nanti. gasak la kan janji kitorang kenyang). Makan maggie ramai2 sambil layan citer Thailand memang sangat best. Ingat macam time study kat college dulu. Stay dengan kawan2. Malam tu kitorang dapat tidur dengan hati yang girang sebab perut dah kenyang ^___^

Okey, nanti I akan sambung Bangkok (PT 3) pulak k. I nak story pasal Platinum Mall tu pulak. Stay tuned...

Macam biasa...less talking (writing), feast your eyes on pictures!


Ni la Pad Thai (Thai Fried Noodles) yang telah menyelamatkan kitorang dari kelaparan (hehehe)

Ni la suasana dalam Siam Paragon mall

at Siam Paragon Centre

(L-R) Fairuz, Fadzli, RD & Ieda

Kat Bangkok pun ada Tom Cruise tau (berangan
macam dapat pegang tangan Tom Cruise =P)

Siam Paragon Mall

Depan Entrance Siam Paragon Mall

Discuss where our next pit stop

Proper 'Q'

View sepanjang walk way di Bangkok

Deretan gerai dan kedai yang terdapat di sekitar bandar Bangkok

RD sibuk memilih kain

Timbunan kain ela yang pelbagai jenis dan pilihan

Macam salji kan..act ni foam sabun yang diukir jadi bentuk bear untuk dorang punya celebration
but I x ingat la pulak apa ^__^

Haaaa ni la dia bear yang dah siap. Besar kan? 

Ni jer yang weolls boleh makan kat McD

Cuba tengok mata si Fairuz tu makan ice-cream. Dahsyat betul =P

Sempat lagi pose dengan mascot McDonalds Thailand. Yela kat Malaysia kan mascot tu duduk santai jer atas kerusi



With Indian's tourist. Dorang request nak take photo ngan kitorang tau. Rasa femes kejap hehehe

Shopping local t-shirt sebagai ole2

I still have money to shop tomorrow...yeayyy

At spa (tak ingat dah nama spa tu)

With d spa crew

Muka fresh baru lepas massage

Tengok la gelagat masing2...ish ish ^__^