Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

Bangkok, Thailand (PT 3)

Assalamualaikum & hi e'one!!!

Okey..I'm back!! \^_____^/

How's ur raya day? Best x? Me?? Sure la best kan...dapat balik beraya di kampung bersama family. Giler x best heeee. I will share my 'Raya' celebration after this post okey. Banyak pic nak masuk ni hehehe..

Meanwhile, kita abeskan story pasal journey to Bangkok. Ni last part dah...jangan boring2 dulu.. =P

Day 3 and it's our last day kat Bangkok city ni. Pagi-pagi lagi kitorang dah bangun and get ready tuk breakfast. Hari ni kitorang memang makan kenyang2 punya. Nanti sure lunch susah nak cari makanan (aaiihhh food..lagii..). Masa breakfast tu weols sempat la bergossip2. Sorang my fren ni tiba2 story pasal experience dia masa tengah sibuk shopping kat Chatuchak Market semalam. Ternganga kitorang dengar citer dia tu (nasib kat hotel ni xde lalat...ahakss ada kaitan ke?)..

Citer dia camni...masa dia dengan group tengah jalan2 n redah orang ramai yang mula sesak at Chatuchak Market tu, tiba-tiba ada a group lelaki yang datang and rempuh dia dari belakang. Dia panic kejap but dia still perasan handbag dia macam direntap ke belakang. Dia pun cepat-cepat la tarik balik bag dia dan bawak ke dada. Sepanjang jalan dia just peluk je handbag. Takut kena rempuh and rentap lagi...memang fobia. But dia boleh pulak tak check handbag dia tu okey ke tidak. Dia still jalan-jalan and sempat lagi tu shopping hehehe (kalau dah pompuan tu kan...memang tak boleh buat apa dah). Bila dia dah balik ke hotel, masa dia singgah di lobby seorang fren ni tegur handbag dia dah berlubang di tepi. Rupanya beg dia kena toreh. Agak besar jugak kesan potong tu. Memang dia dah gelabah la. Cepat-cepat dia check semua barang yang ada. Nasib tak ada apa yang hilang. Maybe orang-orang tu tak sempat nak ambil apa-apa masa dia tarik balik handbag dia tadi...fuhhhhh nasib baik (suspenss je kan). Buatnya wallet or passport yang ilang..x ke naya jer. Bukan senang tau dah la kita kat tempat orang. After that kitorang memang lagi berhati-hati sebab weols nak pergi berjalan-jalan lagi ni. Takut jugak kalau that things happen to us pulak. But bcoz of the story la..walau ke mana-mana pun I pegi, I will make sure taking extra care of my handbag. Takuttt.....

Pukul 9am weols pun teruskan aktiviti untuk bershopping sementara frens lain ada yang dah bergerak ke airport untuk balik ke Malaysia. Destination shopping kitorang di Platinum Fashion Mall. Kitorang just berjalan kaki saja dari hotel bcoz jaraknya hanya 1km. Sementara tu boleh juga cuci mata tengok keadaan sekeliling kan.

Sampai jer di Platinum Mall, kitorang dah jadi rambang mata tau. Mana taknye baju, kasut, accessories and macam-macam ada (bersinar-bersinar mata weols..hehehe) Kitorang start with accessories dulu. Memang whole level tu semuanya woman items fuhhhhhh memang tak boleh tahan. Weols tak lepaskan peluang borong barang tu sebab proce dorang teramat-amat murah. Lagi-lagi kalau kiter beli minimum 3 items per receipt. Walawehhh murah amat dehh (alarhhh speaking indo pulak kikiki). Abes jer kat level tu kitorang turun ke level pakaian and handbag. Memang berbaloi shopping kat sini. Selain barang-barang yang cantik price nya amat-amat murah. Tak rugi wooo...kitorang siap tolong belikan barang-barang yang frens lain kirim bcoz dorang dah balik KL and tak sempat bershopping kat sini (kesiaannn...hihihi).

Nak share sikit info pasal Platinum Fashion Mall ni. Its just like an indoor version of Chatuchak Weekend Market. Menjual wholesale fashion seperti pakaian dan accessories wanita. Mempunyai 4 tingkat yang sarat dengan lebih daripada 1,300 buah lot kedai. Cara diorang business, lagi banyak kita beli lagi murah price yang dorang kasi...besttt kan?? Giler tak... =P

After penat bershopping , kitorang rest kejap at McDonalds. Nak isi perut juga. Macam semalam, weols just order Coke and fries. Jadi la kan dari tak makan langsung. Dalam pukul 3pm, kitorang patah balik ke hotel and ready tuk bergerak ke airport. Our travel agent and bus dah tunggu kitorang. Dorang ni efficient sangat tau. Kalau lambat jer skit dorang sure tinggal. Pandai-pandai la korang nak pegi airport sendiri. Dengar frens lain cakap, group pagi tadi ada yang kena tinggal. Terpaksa ambik taxi tuk ke airport...isk iskk...

Masa sampai di airport memang dah lewat petang, perut pun dah lapar. Kitorang jalan-jalan cari halal food restaurant or stall. Memang takde lah kan. Last-last beli bun jer. Okla tu. Share ramai-ramai sebab semua dah takde cash. Giler sangat bershopping hehehe..sedihhh nye. Memang nak balik KL cepat-cepat. Dah tak sabar ni (rasa macam time lambat jer berjalan...dengki la tu weols nak balik KL hehehe...) Tinggal sejam lagi flight nak boarding tiba-tiba ada announcement cakap flight will delayed another 2 hours bcoz of cuaca hujan lebat (uuwwwaaaaaaaa macam nak meraung je dat time. Nak balik...nak balik....)

Nak tak nak terpaksa la pasrah sebab tak boleh buat apa-apa pun kan. Kena la tunggu juga. Hari pun dah lewat malam. Dah pukul 11pm. Perut tak payah cakap la memang la lapar sesangat. Bila announce jer flight dah ready memang melompat-lompat la weols. Terbayang-bayang KL depan mata (ayoooo...dahsyat trip ni kan..macam-macam jadi). Masuk jer dalam flight. Stewardess yang cun melecun tu dah start serve food, kitorang terus order nasi lemak. Makan memang dah macam sebulan tak dapat makan. Sedappnyeee nasi lemak ni (hehehhehehe). Lega dah kenyang plus lega dah nak sampai LCCT. Yahhhoooooo rindu nya kat Malaysia, traffic jammed, asap, hubby (ahaks) and walaupun orang cakap M'sia tak best...bagi I our country still d best okeh!! Malaysia Boleh!! (gituuu...semangat patriotic sangat hihihi).

Okeh guys, thats all about my 1st time journey to Bangkok, Thailand. Walaupun macam-macam experience tapi I tak serik okey. I will repeat other time. Banyak tempat yang cantik kat sana tak sempat nak pegi. And for sure..after this I will b prepare more. So, insyaallah takde masalah problem lagi.... ^___^

I will continue my journey story in other country pulak okey..stay tuned!

Meanwhile...less talking (writing), feast your eyes on pictures!



Pilih Kak Min...pilihhh




view from elevator

Platinum Shopping Mall

Platinum Fashion Mall - Tengok Ieda tu shopping sakan. Semua kedai nak masuk =P

Kids section

Fairuz pun beli jugak. Tuk bakal GF katanye (camtu pun bole hehehe)

Platinum Fashion Mall

Adesss color blocking lor...memang tak tahannn

Colorful accessories

Deretan outlet yang menjual collection baju yang cantik (gerammss)

Platinum Fashion Mall (level 4)

At kids section

Sempat berpossing lagi =P

Kak Min & Ieda dah rambang mata tengok accessories yang banyak


Kak Min & Fairuz at entrence Platinum Fashion Mall

Lepaks at McDonalds

Ready nak balik ke KL ^___^

Thursday, August 16, 2012

Bangkok, Thailand (PT 2)


Assalamualaikum


First of all, I nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sume frens yang beragama Islam. Semoga lebaran ini membawa seribu erti dan kebaikan buat kita sume. Semoga perjalanan kita tuk pulang ke kampung halaman masing2 berjalan dengan lancar okeh. Jika ada salah dan silap atau terkasar bahasa pohon ampun dan maaf. Kira kosong-kosong lah yer ^___^* 




Okla as my promise, we continue our story... Macam mana kitorang cari halal food masa kat Bangkok after habis shopping kat Chatuchak Market tu. Kitorang sebenarnye memang xde idea langsung kat mana nak cari halal food sebab everywhere tempat yang kitorang lalu semuanya serve p***. So, weolls decide tuk ambik taxi and pegi their shopping mall. We guess kat sana sure ada food court yang serve any halal food kan. Truly kitorang memang x confident pun pasal tu sebenarnye. Lebih kepada redah je la =)

Actually kat Bangkok ada lebih dari 10 buah shopping mall in their town. Sebabkan takde idea which shopping mall yang patutu kitorang pegi kitorang pun tanya la pada taxi driver tu which shopping mall is nearer from Chatuchak. So, dia pun bawa la kitorang ke Siam Paragon, Siam. Perjalanan kitorang ke Siam Paragon shopping mall mengambil masa lebih kurang 30 minit plus dengan traffic jam lagi. Kat sana dorang banyak gunakan highway so every toll yang kitorang lalu cost us dalam RM4. Mahal juga kan. Sementara nak sampai tu lalu 2 toll juga la. Dalam hati masing2 doa hope kat situ ada la serve halal food coz perut dah tak tahan lapar sangat ni. Memang dah tukar macam2 genre lagu. Dalam hati rasa menyesal jugak sebab tak bawak apa2 bekal jajan or roti dari KL. Kalau nak beli dekat 7E sana pun tak tahu flavor apa tah coz x paham tulisan Thailand (hehehe).

Selesai jer redah semua traffic jam yang teruk tu, kitorang pun sampai la ke destinasi. Memang x cakap banyak dah. Memasing terus jer cari food court dulu. Mula2 tu kitorang tak jumpa pun any stall yang serve halal food. Sedey beb..lapar giler ni. Mula la rasa nak balik KL time2 ni jugak huhuhu...

Tiba2 sorang kawan I cakap dia jumpa stall tu dekat tengah2 antara stall2 lain. Kecik je pun patut la x nampak ^__^. X kisah la kan, itu maknanye kitorang dapat makan (sadis kan ayat camtu =p). Part paling kelakar, kitorang semua (7 person) order same menu, Pad Thai (Thai fried noodles). Biar tukang masak tu masak cepat sikit sebab order pun sama jer...hahahaha. Ni 1st time jadi kat I. Memang, xkan lupa dat part sampai bila-bila tau ^__^. Actually after all, I rasa lagi hargai Malaysia macam our country is the perfect place to live in d world. Betul kata pepatah "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik negeri sendiri kan (cewah selit peribahasa pulak =p)

Back to d story, once food kitorang sampai jer, semua senyap and just focus eating. Dah  rasa macam dats d best food eva la time tu hehehe. Dahsyat juga kan rasa kelaparan camtu (tiba-tiba terlintas kat fikiran I camni ke rasanya frens kita yang jadi mangsa peperangan n kebuluran tu kan...sangat sadis nasib dorang tu. Kita sememangnya patut bersyukur sangat dapat idup dalam negara yang aman damai, cukup makanan, pakaian dan ada tempat tinggal yang selesa. Alhamdulillah... (Oppss termasuk part sedih pulak ni). Dalam masing2 tengah rancak makan tiba2 sorang my fren ni jadi clumsy, dia tertolak gelas air sampai banjir pinggan dia dengan Coke. Dah tu sempat explain kat kitorang yang tangan dia dah shaking katanye coz terlampau lapar... heeee dahsyat betul. Tau x apa jadi dengan mee dia yang dah banjir tu? Selamat juga mee tu masuk dalam perut dia. Dialog dia "tak per mee perisa baru (coke)...alaarr klu masuk dalam perut tu dia mix juga dengan air hahaha" (sebenarnye sebab utama, dia tak sanggup nak tunggu tukang masak tu buatkan yang baru. Lapar dah sampai tahap maximum lah tu. Terus jadi x kisah nak telan juga walaupun mee tu dah kembang kikiki).

Abes jer makan baru perasan keadaan sekeliling yang sememangnya ramai orang, kebanyakannya local. Siap ada traditional dance performance tu. Apesal tadi kitorang langsung tak perasan ey hahahaha (mana nak perasannye asyik ingat makanan jer =p). Menarik juga persembahan dorang tu siap dengan costume bagai. Baru la masing2 ada mood nak gelak2 kan. Iye perut dah kenyang senang hati lah ^__^

After that, kitorang jelajah Siam Paragon shopping mall, not bad juga mall dorang. Besar dan banyak juga hi fashion brand. lebih kurang macam One Utama and Sunway Pyramid kita juga. Dekat luar mall ada tersedia small park and water fountain untuk pengunjung melepak. Agaknye ni memang port lepak dorang kot. Kitorang tak shopping apa2 pun kat sini just cuci mata jer. Their sold items yang sama je kat KL. So, save money for something else yang xde kat Malaysia =)

Hampir sejam lebih kitorang duduk kat mall tu. Badan pun dah lemau sangat. Kitorang ambik train tuk balik semula ke hotel. Perjalanan masih jauh ni. Nak kena tukar 2x train tuk sampai ke destination.

Kitorang turun di station yang paling hampir dengan hotel but still kena lalu Platinum Mall dan kedai2 yang menjual kain2 ela dan gerai di sepanjang kaki lima kedai. Bagus masyarakat di Thailand ni. Pandai cari duit kan. Everywhere boleh nampak dorang berniaga. Sorang my fren RD suggest nak singgah di kedai kain. He wanna buy for his sister and mom. Semua kedai kitorang masuk mencari kain yang berkenan. Banyak juga pilihan yang ada dan paling penting harganya lebih murah berbanding di Malaysia. RD pilih kain jenis Thai silk, cotton, lycra and a few lagi la. RD memang part time fashion designer. So, memang dia expert la bab2 pilih kain ni kan. 

Kitorang yang lain sebenarnya dah takde daya lagi nak berdiri. Dengan badan yang melekit memang rimas sangat. I suka tengok kain2 yang ada tapi entah takde mood nak beli pun. Maybe sebab terlampau penat. Kalau dapat mandi sure fresh balik. Kitorang tunggu sampai RD abes shopping. Yela takkan nak tinggal member kan. I and frens yang lain dah plan lepas ni weolls nak balik ke hotel dulu dan mandi. After that keluar balik and pegi ker Platinum Mall. Dengar khabar dari frens yang dah pegi dalam mall tu memang banyak barang yang best2. Dah tak sabar ni nak mencari apa lagi yang boleh di bawa balik ke Malaysia sebagai ole2.

Lebih kurang pukul 8.30pm (Thai time), kitorang pun berjalan kaki ke Platinum mall dengan hati berbunga2 nak cuci mata. Sampai jer kitorang dekat depan mall tu gelap gelita jer. Rupa-rupanya mall tu dah tutup la. Dorang tak macam kat KL mall kita still open sampai pukul 10pm. Kecewa sangat tapi nasib baik la kitorang ada masa setengah hari lagi esok sebelum bergerak ke airport untuk balik ke KL. Just dua orang my fren, Nadia dan Fadzli tak sempat untuk join kitorang esok bcoz of flight dia bertolak pagi. Nampak sangat muka dorang yang kecewa tu...kesian. 

Now masa untuk makan malam, satu lagi problem timbul. Pasal food lagi ni. Dalam kepala masing2 ada question "MANA NAK CARI FOOD??" aihh susah jugak kan. Sebenarnya di Bangkok bukan takder halal food. Ada..banyak sebenarnya just kedai2 makanan halal ni bukan di area hotel yang kitorang stay. Kat sini susah sikit. Just ada Indian food or local thailand food. Bagi sesiapa yang tak kisah makan seafood tomyam or any thailand restaurant yang serve p***. Memang lah kita boleh order seafood saje but kalau rasa was2 better not kan ^__^. So kitorang try pegi McDonalds but ayoo sume ada serve p*** la. Lain nye McD sana kan. Kitorang beli juga tapi just Ice-cream, fries and coke jer la. Yang lain tak sanggup weh. Apa pun I suka sangat suasana malam kat sana. Memang best untuk melepak dan tengok gelagak orang. Macam2 ada. Fun!

Sebabkan terpaksa cancel plan untuk bershopping, kitorang mencari spa2 yang menawarkan body massage. Memang banyak sepanjang jalan. Tapi kena pandai pilih tau. Bukan semua okey. Price dorang amat lah murah just RM15 (per hour) tuk full body massage. Best kan..havent sangat. Sebab tu all my colleague memang tak lepaskan peluang untuk memanjakan diri masing2 kat sini. Ada yang sampai 3-4x pegi hahaha (lemau badan cek kalau massage lama2 ni). I, Ieda n Nadia decide untuk buat traditonal Thai massage (alaaarr yang lipat-lipat badan tu), tak pernah try tau. Kalau kat KL, massage macam tu cost us dalam RM70 (per hour). Memang murah sangat kan kat Thailand. Thats y ramai yang suka pegi ke Thailand especially tuk try dorang punya massage service. 

Staff2 kat situ peramah semuanya. Walaupun dorang tak fasih berbahasa inggeris tapi dorang cuba juga. Nice sangat. Sepanjang proses urutan tu memang ada perasaan takut sebab bayangkan bila badan kita kena lipat dan diangkat-angkat. Macam2 style ada hahaha...kuat dorang ni boleh angkat weolls. Dorang pun bukannya besar mana sangat. After je selesai, masa kitorang turun rupa-rupanya our bodyguard Fairuz dan Fadzli masih setia menanti. Bagus my frens ni, sanggup tunggu sampai sejam. Dorang risau weolls balik sendiri. Dah la sume perempuan. Baik hati korang kan (nada terharu =P). Lepas tu kitorang memang balik ke hotel. Tak ada selera nak makan kat mana2 kedai pun.

Sampai bilik hotel baru teringat ada bawak bekal maggie cup la. Yahooo maknanya dapat la makan. Terus roger neighbour2 bilik sebelah. Rupanya dorang pun ada bekal maggie jugak. Huh memang kitorang berpesta maggie la malam tu. Lepak kat bilik dorang, masak maggie dalam gelas hotel lagi. Kellaasss gitu hehehe (mau pening room service tengok nanti. gasak la kan janji kitorang kenyang). Makan maggie ramai2 sambil layan citer Thailand memang sangat best. Ingat macam time study kat college dulu. Stay dengan kawan2. Malam tu kitorang dapat tidur dengan hati yang girang sebab perut dah kenyang ^___^

Okey, nanti I akan sambung Bangkok (PT 3) pulak k. I nak story pasal Platinum Mall tu pulak. Stay tuned...

Macam biasa...less talking (writing), feast your eyes on pictures!


Ni la Pad Thai (Thai Fried Noodles) yang telah menyelamatkan kitorang dari kelaparan (hehehe)

Ni la suasana dalam Siam Paragon mall

at Siam Paragon Centre

(L-R) Fairuz, Fadzli, RD & Ieda

Kat Bangkok pun ada Tom Cruise tau (berangan
macam dapat pegang tangan Tom Cruise =P)

Siam Paragon Mall

Depan Entrance Siam Paragon Mall

Discuss where our next pit stop

Proper 'Q'

View sepanjang walk way di Bangkok

Deretan gerai dan kedai yang terdapat di sekitar bandar Bangkok

RD sibuk memilih kain

Timbunan kain ela yang pelbagai jenis dan pilihan

Macam salji kan..act ni foam sabun yang diukir jadi bentuk bear untuk dorang punya celebration
but I x ingat la pulak apa ^__^

Haaaa ni la dia bear yang dah siap. Besar kan? 

Ni jer yang weolls boleh makan kat McD

Cuba tengok mata si Fairuz tu makan ice-cream. Dahsyat betul =P

Sempat lagi pose dengan mascot McDonalds Thailand. Yela kat Malaysia kan mascot tu duduk santai jer atas kerusi



With Indian's tourist. Dorang request nak take photo ngan kitorang tau. Rasa femes kejap hehehe

Shopping local t-shirt sebagai ole2

I still have money to shop tomorrow...yeayyy

At spa (tak ingat dah nama spa tu)

With d spa crew

Muka fresh baru lepas massage

Tengok la gelagat masing2...ish ish ^__^


Monday, August 13, 2012

I'm New...& I LOVE TRAVEL!! Bangkok, Thailand (PT1)

Assalamualaikum

Hi, guess wut? im new here..yess as per my title la kan.


I sgt interested nak share everything about my self n wut i love to do n also where im going.


anyway, I LOVE TRAVEL hardly... walaupun x byk lagi pun negara yang I penah pegi kan.


btw baru je start terjebak dalam travel2 ni a few years back. tp x kira..nak share jugak hehehe


Ok I share yang latest2 aje la kan...klu lama sgt dah basi =P


Last year Sept 2011 (lama jugak tu kan) I with my colleague join our company Trip to Bangkok, Thailand 3dy2nt. That was really my first time pegi Thailand. So, memang x prepare sgt pasal food or anything yang mungkin susah untuk dapat dekat sana.


Ok we start...Perjalanan kitorang ambik masa 1jam 15minit jer. X sempat lenguh pinggang pun. But to bad sebab kitorang dibahagikan kepada 3 group and fly dlm penerbangan berbeza. My group pulak yang paling last sekali dan sampai di Bangkok lebih kurang pukul 6pm (Thai time) 7pm (Msia time). Memang dah rugi sehari kitorang tau. Group yang dah sampai awal2 pukul 11am dan pkul 3pm tu siap sempat pegi shopping dekat Platinum Fashion Mall bcoz Bangkok Palace Hotel tempat kitorang stay tu dekat dengan Platinum mall. Yang paling best kat area hotel ni banyak kedai spa & massage. Murah2 tau service dorang ni. Lagi lah senang untuk kitorang berehat2 sambil memanjakan diri. Thanks to Bluinc Media Sdn Bhd =) 


Memang x aci kan... Kitorang sampai ajer dekat hotel x sempat mandi pun, just tukar baju untuk acara Annual Dinner kat ballroom Bangkok Palace Hotel. Semput kitorang berlari2. Memang rasa jeles sgt tengok frens lain siap mandi wangi2 dan ada pulak tu dah pakai baju baru yang dorang sempat shopping kat Platinum Mall siang tadi...isk isk x patut....Tapi its ok kitorang still enjoy event malam tu...hihihi


Lepas je abes dinner tu, memasing masuk je bilik terus tukar baju lain (x mandi dah ler jawabnye hahaha) bersiap2 nak pegi ke Pasar Khao San - Patpong. Kena naik taxi sebab jauh dari hotel. Kitorang berpecah satu taxi hanya ambik 4 penumpang. Ruled dorang agak straight kat sana. Penumpang x boleh lebih. So kitorang tong2 la bayar tambang taxi. Berapa tah dah lupa sebab dah lama kan heeeee. Sampai je kat night market tu, orang dah mula ramai. Memang happening aktiviti malam dorang kat sana. Selain night market sepanjang jalan bar & pub di buka untuk pelancong dan local (memang Thailand la kan). Ramai tourist kat situ. Lepas puas berjalan sekitar night market. Kitorang naik taxi balik ke hotel. Nasib baik ada antara kawan2 I yang dah biasa datang ke Bangkok ni. Maklumlah dorang kan Writer. Memang selalu pegi event oversea camni. Kalau tidak susah jugak untuk berkomunikasi dengan dorang ni. Tak semua pandai berbahasa Inggeris. Kitorang balik ke bilik masing2 berehat dan bersedia untuk aktiviti yang menanti esok.


Pagi Sabtu, lepas jer semua orang bersarapan kat hotel. Masing2 bepecah ikut group sendiri (tuk aktiviti bebas katanye). Memang sepanjang kitorang di Bangkok xde pun aktiviti company or apa2 yang sewaktu dengannya. Kitorang sesuka hati je nak pegi mana or nak buat apa kan. Tu pun syiok jugak. Boleh la kitorang bershopping giler2. Kitorang jalan kaki ke LRT untuk ke Chatuchak Market. Masa tengah tunggu train tu I sgt kagum dengan orang2 Thailand ni yang sangat mengikut rules. Teratur jer masa 'Q' nak beli tiket n sampai la train datang. Tempat dorang pun boleh dikatakan bersih jugak. Impress!


Sepanjang perjalanan hampir 30 minit di dalam train tu I dapat lihat kat jalan raya dorang traffic jam yang amat teruk. Macam kat KL dah. Kenderaan everywhere. Pening2. Ingatkan KL dah cukup memeningkan. Rupanya Bangkok lagi double bcoz dorang banyak skyway. Lebuhraya bertingkat2 but its still traffic sesak.


Sampai di Chatuchak Market, I tersangat la excited bila nampak deretan gerai2 yang menjual pelbagai barangan. Ada lebih kurang 8,000 gerai. Can u imagine. Memang teruja abes uolls. Bermula la xpdc (macam nama group rock lagend kan =P) kitorang meng'explore semua gerai2 kat situ. Satu je nasihat I (sebenarnye ni nasihat dari my fren yang dah biasa datang) kalau korang dah berkenan dengan apa2 jer barang kat sini better korang terus jer beli. X payah la nak survey2 dulu bcoz kalau korang dah jalan lagi jauh percent tuk korang jumpe balik dat stall amat la tipis. Can u imagine nak cari balik stall tu dalam 8,000 stall yang ada. memang crazy! 


Owh ya, ada sedikit info di sini. Chatuchak Market atau pun di kenali sebagai Chatuchak Weekend Market yang mempunyai lebih daripada 8,000 gerai yang menjual pelbagai barangan termasuklah pakaian, aksesori perhiasan diri, hiasan rumah, pets and etc. Berkeluasan 35-acre dan sentiasa dikunjungi hampir 200,000 visitors on a typical weekend. Ramai giler kan. Memang sangat sesak.

Okey back to story...its happend to me n my fren ^____^ kitorang kononnye over confident  boleh jumpa barang lain yang lebih kurang macam yang kitorang nak but dengan harga lagi murah. Tapi kitorang x tahu speciality kat sini barang2 yang dijual di Chatuchak market x banyak yang sama bcoz kebanyakan barangan yang dijual adalah home/self made. Memang xkan sama dengan orang lain la kan. So, nak di jadikan cerita, sebab terlampau nak sangat baju yang kitorang tengok masa awal2 sampai tadi, kitorang habiskan masa hampir 2jam untuk cari balik stall tu (gigih kan) heeeee memang dah give up sebenarnya tapi kitorang kuatkan jugak semangat. Nak punya pasal kan.


Finally, we'olls memang berjaya jumpa stall tu just yang buat lagi sadis. Baju yang my fren ushar tadi tu dah abes. Orang lain dah beli...uuwwaaaaaa sedey beb. Giler tak kan? dah dekat 2jam cari tapi lastly baju tu sold out. ayooo...sabor2. Sedar x sedar..kitorang dekat Chatuchak market tu hampir 7 hours. gigihh sangat. Lepas tu baru sedar something.....jeng jeng jeng......


We'olls x makan or minum apa2 pun sepanjang hari bcoz dekat situ memang xde halal food. Kalau ada pun buah potong jer huhuhuhu..masing2 gelisah lah sebab perut dah berdendang macam2 lagu ada. Tadi masa shopping x hingat nak makan. Huh rasakan...kikiki


Nanti I akan sambung story pasal camne kitorang cari halal food okeh. Nak out kejap. Maklum lah kan bulan pose ni nak kena prepare tuk berbuka lagi...stay tuned...


Meanwhile...less talking (writing), feast your eyes on pictures! Sekitar airport, dinner n Chatuchak market...





At my home. Baru nak ke airport la ni =P

Kitorang naik shuttle bus yang disediakan di airport Suvarnabhumi

Sempat bergambar semasa tiba di airport Suvarnabhumi

Bersama malay staff di Bluinc Media & CEO, Datin Azliza (dress blue yellow)

(L-R) Yana B, Nisa' Halid, me n Fairuz Airiam

Persembahan tarian traditional Thailand disediakan sepanjang function kitorang selain aktiviti cabutan bertuah


Ni la kakak2 di Bluinc Media. (L-R) Kak Ros, Kak Min, Kak Aniza, me & Kak Da



Kemas kan bilik anak dara ni...hahaha

Di luar lobby hotel Bangkok Palace. (L-R) Ardi, Ieda & me

Happening kitorang berjalan kaki kat sini. Kalau kat KL pun belum tentu sanggup..ngeeee


With EH! team


Everywhere nak possing


Hot kan we'olls (puji diri sendiri =P) L-R: Bidin, me, Fadzli, Ieda, Fairuz, Nisa', Yana & Izzati













Chatuchak Market


Banyak woo deretan kedai yang jual aksesori perhiasan diri di Chatuchak Market


Chatuchak Market

With Fairuz at Chatuchak Market


Chatuchak Market


Ni original leather tau..memang gerammmm jer tengok

Dorang ni sakan shopping kasut. Memang murah sangat kalau nak compare dekat Malaysia

Fairuz ikut jer mana all girls ni pegi shopping. Dia pun sama naik jugak beli barang untuk sister & his mom

Tabung ceramic macam tabung ayam I masuk kecik2 dulu ^___^


Chatuchak Market


Pets dekat sana semuanya di pakaikan baju...cute giler uolls. Nasib I naik flight x 
boleh bawak pets kalau x memang I dah beli rabbit ni ^____^

Ni wallet yang di buat daripada leather jugak. Sangat cantik

Chatuchak Market


Chatuchak Market yang dibanjiri orang ramai


alololo cute sangat2

Live performance untuk pengunjung yang duduk berehat setelah penat ber'shopping


Deretan kasut lelaki daripada leather & suede


Chatuchak Market


Chatuchak Market

Chatuchak Market


We'olls masuk kedai ni bcoz nampak pakwe handsome yang jaga kedai ni. bukan nak beli pun...ssshhhh hahahaha

colorful accessories at Chatuchak Market

Chatuchak Market - vintage shop

yummyyyy.... ^_____^

key chain


Chatuchak Market

Chatuchak Market

Chatuchak Market

Chatuchak Market

Chatuchak Market

Chatuchak Market





.....To Be Continue