Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Friday, January 17, 2014

A bright, happy balcony!!


Beriya setup table breakfast di pagi sabtu (padahal makan roti kering jer pun haha)

Sepetang ni Garden Nursery di Tropicana Damansara (lupa nama kedai tu) not bad pokok-pokok kat sana, di jaga dengan baik.







Say 'Yes' to colors

Always love cactus

Assalamualaikum,

Hiiii....Im back!! Hello 2014 (tak lambat sangat kot nak wish).

Kali nie saya nak share pasal simple decor balcony rumah saya.

Selama saya tak update blog nie. Selama tue jugak lah balcony saya tak berkemas. Adoii bz memanjang lah (bukan alasan tau hahaha)

So, sebagai menyambut tahun yang baru dan juga sempena umur saya yang bertambah lagi 1 tahun pada 2.1.2014…saya telah menghadiahkan diri sendiri hobi baru iaitu menanam pokok bunga (gardening).

Bak kata pepatah inggeris:
"Dont wait for someone to bring you flowers. Plant your own garden and decorate your own soul."

Sebenarnya, saya tengah mencari rumah baru walaupun begitu ia tak mematahkan semangat saya untuk mendecor rumah sekarang (cheewaaahh ayat). Btw pemandangan yang indah itu penting yer untuk mencipta environment tempat tinggal yang selesa. Kalau nak tunggu pegi holiday ke tempat lain dan stay dekat hotel yang cantik saja memang susah jugak kan. Apa kata kita cipta suasana tu dekat rumah sendiri. Kadang-kadang rumah kita boleh jadi tempat paling menarik untuk dihabiskan masa. Saya suka idea "No place like home."

Ok, nie saya attach sekali gambar cinta hati baru saya. Belum complete sepenuhnya tapi boleh dah nak fefeeling breakfast or having tea kat sini. 

Anyway, nanti nak update pasal my 1st time travel to Bali. What to do in Bali? (#YantieTravelKeBali)

Chow!!

Love,
Yant_tie (instagram)


Hubby's work space


Cute baby shirt untuk little baby niece

Another hobby...^__^


I love everything here

Side table

Simple make up collection. Tak banyak pun. Saya tak pandai bersolek

Main bedroom







Saturday, February 16, 2013

Me & K-Pop

Assalamualaikum

Malam-malam minggu macam ni apa yang korang buat ha? me? try to find out apa yang best nak dibuat. Selalunya me with hubby lepak-lepak depan TV and berbual kosong. Citer pasal movie la, gossip and macam-macam lagi weols selalu bualkan. But tonite he's not in town so...me try la cari apa yang boleh dibuat.

Me angkat letak angkat letak remote Astro ni. Klik button up and down...tukar chanel 102 sampai 953 dan-dan lah time ni takder drama menarik untuk ditonton. Sajer la dengki dengan me tu. Tiba-tiba idea datang nak selongkar laci yang menempatkan DVD original & pirates (kekekeke...sangat tak bagus kan? Say NO tu cetak rompak! alaarrr mana ada duit nak beli original selalu ye x....nampak benau alasan haahaha) Dalam dok selongkar lemari tu terjmpa la pulak collection DVD citer korea, filipina and indonesia drama masa zaman kegemilangan muda-muda dulu (taknak mengaku tu sekarang ni aku layan jugak kadang-kadang kekeke) Banyak jugak rupanya collection me dulu. Menarik..menarik..


Ni sebahagian DVD yang menjadi favourite & koleksi aku (original lagi okeh kekeke)


Citer pasal layan drama korea ni, dulu time muda mudi sanggup & gigih melayan 4 DVD sekali gus. Bukan sekejap nak abiskan satu filem uols...12jam tau (1cd + 3jam x 4) haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! tak kelama tu uols. Gigih ni sampai tak tidur lepas satu cd ganti next cd pulak. Punya la taknak miss sikit pun. Memang kira khatam lah sebab satu movie bukan just tengok sekali tapi dah beratus kali..kalau mengaji pun belum tentu sekhusyuk & sekhatam tu kekekeke....teruk betul aku ni ^__~

Sure korang pun sama kan?? Haa haaa jangan tipu admit jer kita serupa kekekeke...nak buat macammana kan dah minat. Hobi la katakan. Plus lagi bila tengok hero korea yang hensem-hensem tu dating kat Pulau Jeju lagi mulalah start berangan nak jadi heroin dalam drama tu pulak...aduuhhh memang tak boleh miss langsung lah. Siap emosi sekali iskkk sadis. Sanggup tak makan, tak mandi n tak tidur...nasib tak betul-betul cari boyfriend macam mamat korea. Kalau sampai tahap camtu memang masak mak nok! kekekeke

So, konon-kononnya nak la try layan balik drama-drama korea ni. Nak mengembalikan zaman kegemilangan Lee Joon-ki & Lee Dong-wook tapi apakan daya. Jiwa dah tak ada la. Kebosan semakin melanda bila nak on the DVD player. Jawapannya tutup je lah. Sudahnya here I am update blog dengan entry yang merepek meraban kekeke korang layan je lah yer. Saaayaanngggg awak ketat-ketat! kekeke

Thanks pada yang sudi luangkan masa baca entry ni.

Xo Xo,
Yantie Basharudin